KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis dijangka dituduh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen, Kangar, esok.

Pertuduhan ke atas bekas Menteri Besar berpangkat Datuk Seri itu akan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukakan atau mengesahkan dokumen mengandungi butiran palsu.

Berdasarkan nota jemputan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dihantar kepada media, SPRM telah mendapat keizinan untuk mendakwa bekas Menteri Besar berusia 65 tahun itu.

Ahli politik berkenaan dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis pada jam 8.30 pagi, 10 April 2023.