KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyifatkan dokumentari ‘Man on the Run’ yang disiarkan di Netflix sebagai sebuah dokumentari yang berat sebelah dan lebih bersifat propaganda, berbanding mengupas isu dengan profesional dan beretika.
Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, penyiaran kandungan ini adalah merupakan suatu bentuk ‘trial by media’ tatkala Datuk Seri Najib Razak masih berhadapan dengan perbicaraan di mahkamah.
“Tanpa mahu menafikan isu kebebasan media mahupun kebebasan bersuara yang dimaktubkan, Pemuda UMNO Malaysia melihat kandungan dan kupasan menerusi wawancara yang dibuat terhadap beberapa pihak dalam dokumentari ini telah menyatakan pelbagai perkara terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
‘’Malah, ada kandungan yang bersifat melampau seperti mengaitkan Datuk Seri Najib terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya dan Kevin Morais,’’ katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Selain itu, tambahnya, kenyataan-kenyataan dibuat oleh pihak-pihak di dalam dokumentari itu juga merupakan suatu penghinaan kepada prosiding mahkamah yang sedang berjalan dan ini merupakan suatu isu yang perlu dipandang secara serius oleh semua pihak.
Sehubungan itu, ujarnya, Pemuda UMNO Malaysia menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil tindakan segera dengan mengarahkan Netflix untuk mengeluarkan dokumentari terbabit secepat mungkin.
‘’Hakikatnya, setiap individu dilindungi oleh undang-undang dan selagi mana seseorang itu belum dibuktikan bersalah di mahkamah, adalah salah untuk pihakpihak menjustifikasikan individu tersebut bersalah.
‘’Pemuda UMNO Malaysia sentiasa memegang teguh prinsip integriti dan hak demokrasi. Maka atas prinsip inilah, Pemuda UMNO Malaysia menyeru agar semua pihak dapat menghormati dan memelihara setiap kepentingan individu, sepertimana yang telah dimaktubkan di dalam nas perundangan negara,’’ tambah kenyataan itu.
Syafik Shukri Jalil
Fri Jan 12 2024
Muhammad Akmal Saleh berkata, penyiaran kandungan ini adalah merupakan suatu bentuk ‘trial by media’ - Foto/fail
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.