awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dos penggalak: Berhenti baca konspirasi sampah di Facebook - Khairy

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
20/02/2022
11:38 MYT
Dos penggalak: Berhenti baca konspirasi sampah di Facebook - Khairy
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sekali lagi mengesa orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang konspirasi berhubung dos penggalak.
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sekali lagi mengesa orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang konspirasi berhubung dos penggalak.
Menyifatkan ia sebagai sampah, Khairy berkata apa yang perlu dilakukan adalah mendapatkan dos penggalak berbanding membaca perkara-perkara yang tidak benar.
Tidak berhujah kosong, Ahli Parlimen Rembau itu turut memuat naik graf kadar kematian melibatkan individu yang tidak divaksin berbanding mereka yang menerima vaksin dan dos penggalak.
“Booster (dos penggalak) memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius COVID-19.
“Berhenti membaca cerita konspirasi sampah di Facebook,” katanya dalam kemas kini di laman Twitter pada Ahad.
Keberkesanan booster menghadapi gelombang Omicron. Booster memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius COVID-19. Berhenti membaca cerita konspirasi sampah di FB. Lindungi diri. Dapatkan dos penggalak. pic.twitter.com/9u76qeJD8d
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) February 20, 2022
Berdasarkan graf yang dikongsi, ia memaparkan kadar kematian berdasarkan status vaksinasi dari 1 Januari hingga 19 Februari 2022.
Kadar kematian tertinggi dicatatkan dalam kalangan mereka yang berusia 60 hingga 69 tahun dan tidak menerima vaksin, iaitu 180 kes daripada 100,000 orang.
BACA: Omicron bukan "konspirasi KJ" nafikan sambutan Hari Raya - Khairy
Kadar kematian kedua tertinggi direkodkan dalam kalangan mereka yang tidak menerima vaksin pada usia 80 tahun ke atas.
Mengulas lanjut, Khairy berkata dos penggalak berkesan dalam menghadapi gelombang Omicron.
Justeru, beliau menyeru agar orang ramai melindungi diri dengan mendapatkan dos penggalak.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Omicron
#COVID-19
#Facebook
#konspirasi sampah
#dos penggalak
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan