Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (Dosh) berkata kertas siasatan berhubung kejadian runtuhan pada 6 Jun lalu, kini sedang diperingkat akhir untuk disiapkan.
Pengarah Dosh Pulau Pinang, Mohd Anuar Embi, berkata sebaik ia siap sepenuhnya minggu ini ia akan diserahkan kepada penasihat undang-undang untuk tindakan selanjutnya.
Mohd Anuar berkata, pihaknya telah memulakan siasatan di lokasi runtuhan sejak hari kejadian.
“Seramai lima kontraktor di bawah Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) diminta menghantar laporan berkenaan keadaan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja pada setiap minggu kepada Dosh bagi memastikan kejadian sama tidak berulang kembali di masa depan,” katanya.
Ujarnya, laluan di lokasi kejadian masih ditutup kepada umum dan arahan pemberhentian kerja sementara juga masih berkuatkuasa terhadap syarikat kontraktor terbabit sehingga mereka dapat membuktikan tahap keselamatan dikawasan pembinaan itu selamat.
Dalam perkembangan sama, Anuar juga menyeru semua kontraktor yang terlibat dalam industri pembinaan di sekitar Pulau Pinang agar meningkatkan lagi pemantauan dari segi aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi memastikan kemalangan tidak berlaku terutama di kawasan pembinaan berisiko tinggi iaitu yang menjadi tumpuan orang ramai.
Katanya, kira-kira 450 kawasan pembinaan yang didaftar di bawah Dosh dan daripada jumlah itu kira-kira 50 hingga 70 kawasan pembinaan dikategori sebagai kawasan pembinaan berisiko tinggi.
Dalam masa sama, katanya, laluan di lokasi kejadian masih ditutup kepada umum dan arahan pemberhentian kerja sementara juga masih berkuatkuasa terhadap syarikat kontraktor terbabit sehingga mereka dapat membuktikan tahap keselamatan dikawasan pembinaan itu selamat.
Mohd Anuar berkata demikian kepada media pada sidang media selepas merasmikan seminar Persatuan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Utara kali ke-5 di Sunway Convention Centre, Seberang Jaya pada Isnin.
Pada 6 Jun lalu, struktur konkrit di susur jambatan kedua Pulau Pinang yang dalam pembinaan runtuh mengakibatkan seorang terbunuh dan tiga lagi cedera.
Tajudin Zainal Abidin, 45 tahun maut dibawah runtuhan konkrit selepas terperangkap didalam kereta jenis Perodua Kelisa lebih 24 jam.
Kejadian turut mengakibatkan tiga orang mengalami kecederaan dua daripada mereka ialah pekerja asing iaitu Slamat dari Indonesia dan warga Myanmar Tin Maung Iwing.
Seorang wanita tempatan , Thilasheni Rajendaran cedera terkena serpihan runtuhan itu.
Astro Awani
Tue Jul 02 2013
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup sementara Ahad depan
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) atau turut dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang akan ditutup sementara Ahad depan.
Sebahagian laluan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ditutup mulai Selasa
Penutupan bermula 9 pagi hingga 5 petang sepanjang tiga hari dan laluan kontra akan diaktifkan sepanjang penutupan kawasan berkenaan.
Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup sementara Jumaat ini
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah atau turut dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang akan ditutup sementara Jumaat ini.
Sebahagian Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup 16 September
Penutupan sementara itu melibatkan laluan dari arah Batu Maung ke Batu Kawan.
Polis bantuan maut dirempuh ketika bantu kereta rosak di Jambatan Kedua Pulau Pinang
Seorang anggota Polis Bantuan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) maut dalam kemalangan di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah awal pagi tadi.
Mayat lelaki berseluar renang ditemui terapung
Mayat kemudiannya diserahkan kepada Balai Polis Nibong Tebal dan dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk tindakan lanjut.
Lelaki tinggal kereta di Jambatan Kedua Pulau Pinang sebelum terjun laut
Mangsa dari Kuala Lumpur telah meninggalkan kereta bersama barangan peribadi di jambatan itu sekitar pukul 4.40 pagi.
PKPB Mukim 12 Barat Daya: 10 sekatan jalan raya di enam lokasi mulai tengah malam ini
Polis tidak menutup laluan sepenuhnya sebaliknya hanya melaksanakan SJR di enam lokasi di daerah Barat Daya.
Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup 10 jam Ahad ini
Jambatan akan ditutup mulai jam 12.01 tengah malam sehingga 10 pagi pada hari tersebut.
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Kerajaan bersetuju untuk menamakan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.