INTREND
[DOWNLOAD] Aplikasi RAKU raikan kemerdekaan bersama DiGi ‘negaRAKU @HardRockCafeTour’
![[DOWNLOAD] Aplikasi RAKU raikan kemerdekaan bersama DiGi ‘negaRAKU @HardRockCafeTour’ [DOWNLOAD] Aplikasi RAKU raikan kemerdekaan bersama DiGi ‘negaRAKU @HardRockCafeTour’](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/http://intrend.fishtank.my/getmedia/32383517-18ba-450f-a957-d9b91d988077/IMG_1.jpg.aspx?width=295&height=200&ext=.jpg)

Kepada mereka yang tidak dapat meluangkan masa untuk menyaksikan persembahan artis- artis kegemaran, mereka masih boleh menikmati persembahan tersebut secara langsung dengan membuka aliran negaraku@HardRockCafe Tour 'live' di aplikasi RAKU (www.raku.my).
Sejak pelancaran RAKU pada bulan Mei baru-baru ini, muat turun aplikasi ini telah meningkat sebanyak dua kali ganda sehingga mencecah sejumlah 87,000 muat turun. Pada masa yang sama juga, bilangan lagu di RAKU telah meningkat dengan mendadak dari catatan awal sebanyak 2 juta buah lagu kepada 8.5 juta buah lagu hanya dalam masa lebih kurang tiga (3) bulan. Dengan jutaan lagu yang disediakan oleh platform RAKU ini, kami yakin ia mampu menarik lebih ramai penggemar muzik dan pengguna penstriman radio untuk meluangkan lebih masa melayari RAKU di masa-masa yang akan datang. Selaras dengan perkembangan corak penggunaan muzik pada masa kini, beberapa artis tempatan juga kini melancarkan single atau atau album baru mereka buat julung-julung kalinya di RAKU seperti Amy Mastura dan Dragon Red. "
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai RAKU, pengguna digalakkan untuk memuat turun aplikasi ini melalui iOS dan Android seterusnya mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan muzik, konsert dan promosi terbaik Malaysia, atau layari www.musicfreedom.my untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Digi Music Freedom.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami