awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Akmal selesai beri keterangan selepas tiga jam

Sinar Harian
Sinar Harian
05/04/2024
07:06 MYT
Dr Akmal selesai beri keterangan selepas tiga jam
Dr Akmal Saleh selesai sepenuhnya memberi keterangan di IPD Kota Kinabalu kira-kira jam 2 petang selepas dipanggil semula pada tengah hari tadi. -Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh telah selesai sepenuhnya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu kira-kira jam 2 petang selepas dipanggil semula pada tengah hari tadi.
Beliau memaklumkan ada beberapa soalan tambahan dikemukakan dan ia telah selesai dijawab dengan baik sebelum dilepaskan oleh pihak polis.
"Ya ada soalan tambahan, kita jawab soalan tambahan.
"Alhamdulillah dengan baik semuanya, jadi telah dilepaskan jam 2.04 petang.
"Saya ucapkan terima kasih kepada semua anggota polis yang telah memberi layanan yang baik kepada saya dan Insya-ALLAH 'no fear, no surrender'," katanya sebaik keluar dari lobi IPD Kota Kinabalu di sini pada Jumaat.
Dr Akmal akan terus ke Beaufort untuk menghadiri program ziarah Ramadan dan majlis berbuka puasa bersama Pemuda UMNO Sabah seperti yang dijadualkan sebelum ini.
Beliau juga dijadualkan pulang ke Kuala Lumpur pada Sabtu dengan menaiki penerbangan jam 12 tengah hari.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan Ketua Pemuda UMNO itu dipanggil ke di IPD Kota Kinabalu sebaik tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).
Beliau sebelum itu sudah memberi keterangan selama dua jam setengah sebelum dipanggil semula sekitar jam 12 tengah hari.
Difahamkan keterangan tersebut diambil berkaitan dengan satu laporan polis berhubung Akta Hasutan membabitkan sebuah video ceramah beliau di Kelantan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#Muhamad Akmal Saleh
#IPD Kota Kinabalu
#beri keterangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan