awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Hazlina dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman - PKPMP

Bernama
Bernama
10/01/2024
15:39 MYT
Dr Hazlina dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman - PKPMP
Hazlina, telah mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah, dalam satu majlis berlangsung di Istana Kehakiman hari ini. - Gambar Facebook
PUTRAJAYA: Bekas pengarah di Jabatan Rayuan Khas di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Dr Hazlina Hussain, hari ini dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) dalam satu kenyataan memaklumkan Hazlina, 56, menerima Surat Cara Pelantikan daripada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini.
Menurut kenyataan itu Hazlina, telah mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah, dalam satu majlis berlangsung di Istana Kehakiman hari ini.
Beliau yang berasal dari Selangor, berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian dari Universiti Islam Antarabangsa dan Doctor of Management dari Universiti Utara Malaysia, pernah menyandang beberapa jawatan termasuk peguambela, peguam persekutuan, pengarah Bahagian Nasihat Perundangan di LHDN dan pengarah Jabatan Sekretariat Lembaga dan Advisori Perundangan di Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif di LHDN.
Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai pengarah di Jabatan Undang-Undang di LHDN pada Februari 2021 sehingga Oktober 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LHDN
#PKPMP
#Istana Kehakiman
#taat setia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan