awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Jemilah dilantik pro-canselor Heriot-Watt University Malaysia

Bernama
Bernama
08/09/2021
15:38 MYT
Dr Jemilah dilantik pro-canselor Heriot-Watt University Malaysia
Dr Jemilah akan memegang jawatannya selama lima tahun bermula 1 Sept. - Facebook/Heriot-Watt University Malaysia
KUALA LUMPUR: Prof Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dilantik sebagai pro-canselor Heriot-Watt University Malaysia (HWUM).
Peneraju profesional kesihatan, kemanusiaan dan pembangunan ternama itu akan memegang jawatannya selama lima tahun bermula 1 Sept.
Dr Jemilah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan HWUM berkata pelantikan itu merupakan satu penghormatan besar, terutama apabila ia dari sebuah universiti yang mempunyai warisan yang kaya dan signifikan dalam meningkatkan penyertaan dan pemerkasaan wanita.
"Nilai-nilai Heriot-Watt University sangat selari dengan nilai pegangan saya, dengan fokus kepada pendidikan untuk semua dan memberikan hasil yang luar biasa bagi para pelajarnya, kepada masyarakat yang lebih luas, dan ekonomi global," katanya.
Sementara itu HWUM berkata bahawa pelantikan itu melambangkan satu lagi langkah maju dan penting diambil dalam hubungan universiti dengan komuniti dan pihak berkepentingannya di sini dan di seluruh kampus globalnya di Scotland dan Dubai.
Sementara itu pengerusi lembaga pengarah HWUM Datuk Yasmin Mahmood berkata pihak universiti merasa bangga untuk menyambut Dr Jemilah dan percaya rekod prestasi dalam pelbagai bidang termasuk kesihatan awam, akan banyak membantu misi universiti bagi menyampaikan pendidikan dan penyelidikan bertaraf dunia.
Menurutnya Dr Jemilah mempunyai lebih 30 tahun pengalaman sebagai pakar obstetrik dan ginekologi, serta lebih dari 20 tahun sebagai aktivis kemanusiaan dan menjadi pengasan kepada penubuhan MERCY Malaysia pada tahun 1999.
Ketika ini beliau adalah professor dan pengarah eksekutif Sunway Centre for Planetary Health yang baru ditubuhkan, dan Felo Kanan Adrienne-Arsht - Rockefeller Foundation Resilience Center.
Antara lantikannya sebelum ini adalah sebagai Penasihat Khas kepada bekas Perdana Menteri Kesihatan Awam, dan dari 2016 hingga 2020 beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) di Geneva.
Beliau juga pernah bekerja dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York sebagai Ketua Sekretariat Sidang Kemuncak Kemanusiaan Dunia, mengetuai cawangan kemanusiaan di Tabung Kependudukan PBB.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Heriot-Watt University Malaysia
#Jemilah Mahmood
#pro-canselor HWUM
#Yasmin Mahmood
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan