Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diminta supaya menjaga mulut dan tingkah lakunya yang kini dilihat sering memburuk-burukkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sepatutnya Dr M perlu mempunyai tatasusila dan ketertiban serta akhlak politik dalam berpolitik.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata sebagai manusia biasa, Dr Mahathir sudah tentu ada kelemahan dan kesilapan sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri namun semua itu ditutup demi menghormatinya.
"Bila zaman kita berlalu, biarlah berlalu, biar sejarah menilai, jangan mengutuk orang lain bagaimana kegagalan sistem penswastaan. Kita tidak mahu membuka pekung itu dan kita tahu apa yang beliau lakukan dengan pelbagai kelemahan yang kita tahu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di sini hari ini.
Tegas Ahmad Zahid, tindakan Dr Mahathir mengkritik UMNO dan kerajaan sudah melampaui batas sehingga Perdana Menteri hilang sabar.
"Zaman beliau (Dr Mahathir) sudah berlalu, duduk diamlah-diamlah. Duduklah berzikir. Beliau buka aib pemimpin sekarang, jangan lupa kita juga pernah tutup aib beliau. Jangan sampai kita pula buka aib dan pekung beliau. Macam-macam kita boleh buka.
"Dia (Dr Mahathir) kuat (pada zaman pemerintahannya) bukan kerana dia, tetapi orang-orang UMNO yang kuat menyokong dia," katanya.
Ahmad Zahid juga menyentuh tindakan Dr Mahathir yang membuat pusingan-U dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan dahulu, Dr Mahathir yang menyingkirkan Anwar daripada arena politik.
"Sekarang baru dia nak buat 'kona baring'. Dulu dia tuduh Anwar macam-macam, sekarang dia kata Anwar dizalimi disebabkan perbezaan pendapat politik dan tidak mahu Anwar di gelanggang politik,"
Malah semasa ucapannya itu, Ahmad Zahid turut menyeru prinsip 'habis madu sepah dibuang' tidak diamalkan di kalangan pemimpin akan datang.
"Pemimpin baharu hormatilah pemimpin lama dan pemimpin lama perlu menyayangi pemimpin baharu dan prinsip habis madu sepah dibuang perlu dielakkan demi kelangsungan parti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2017
Ahmad Zahid beramah mesra dengan para perwakilan UMNO ketika hadir bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bagan Datuk di Wisma UMNO Bagan Datuk hari ini. --fotoBERNAMA
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
Pihak berkuasa perlu ambil tindakan pihak sentuh 3R - Zahid
Perbuatan tersebut hanya akan memberi gambaran yang negatif bukan sahaja kepada pengundi tetapi juga rakyat keseluruhannya.
Dr M diminta jaga mulut dan tingkah laku - Ahmad Zahid
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sepatutnya Dr M perlu mempunyai tatasusila dan ketertiban serta akhlak politik dalam berpolitik.