awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir adakan lawatan kerja ke Jepun 10-12 Jun ini

Bernama
Bernama
09/06/2018
09:51 MYT
Dr Mahathir adakan lawatan kerja ke Jepun 10-12 Jun ini
Dr Mahathir dijadual mengadakan pertemuan dengan Shinzo Abe pada Persidangan Nikkei berkenaan. - Gambar fail
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan lawatan kerja ke Tokyo, Jepun mulai esok hingga 12 Jun bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) Ke-24.
Kunjungan beliau ke sana adalah atas jemputan Nikkei Incorporated selaku penganjur persidangan itu, kata Kementerian Luar dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dr Mahathir akan diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta para pegawai Kementerian Luar.
Selain menyampaikan ucap tama bertajuk 'Keeping Asia Open – How to Achieve Prosperity and Stability' yang juga tema Persidangan Nikkei tahun ini, Dr Mahathir dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, pada persidangan berkenaan.
Dr Mahathir juga dijadual mengadakan pertemuan dengan beberapa entiti perniagaan seperti Dewan Perdagangan dan Industri Jepun, Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia.
Menurut kenyataan itu, kehadiran Dr Mahathir pada persidangan itu akan memberi peluang kepada Malaysia untuk terlibat dalam inisiatif yang bertujuan meningkatkan kerjasama ekonomi lebih meluas antara negara-negara di rantau ini.
Menerusi lawatan kerja itu, Dr Mahathir juga akan mengetengahkan dasar-dasar kerajaan terkini Malaysia kepada Jepun dan negara serantau terutamanya mengenai pelaburan asing dan perdagangan.
Ia turut memberi ruang kepada Malaysia untuk menyumbang serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan wakil-wakil kerajaan yang lain, tokoh-tokoh perniagaan serta pakar akademik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Jepun
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Perdana Menteri
#Persidangan Nikkei
#Shinzo Abe
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan