Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan rasa syukur kerana Kedah kini kembali ke tangan Barisan Nasional (BN) selepas lima tahun diteraju pakatan pembangkang.
"Kerajaan BN akan menjalankan tugas dan menunaikan segala janji membangunkan Kedah supaya sama dengan negeri-negeri lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis angkat sumpah menteri besar Kedah yang baharu, di Istana Anak Bukit.
Susulan kejayaan BN membentuk kerajaan negeri selepas menang majoriti mudah iaitu 21 daripada 36 kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang dipertandingkan, anak beliau Datuk Mukhriz yang memenangi kerusi DUN Ayer Hitam dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.
Mengenai pelantikan anaknya, Dr Mahathir berkata beliau mahu Mukhriz menjalankan tugas sebaik mungkin dan berusaha sedaya upaya menunaikan janji untuk membangunkan negeri itu.
"Bekerja baik dan bekerja kuat, jangan kira diri sendiri, jangan bagi orang tuduh terlibat dengan korupsi dan sebagainya, buat kerja secara lurus dan berkhidmat untuk negeri dan Malaysia," nasihatnya kepada Mukhriz.
Beliau juga mengingatkan Mukriz agar tidak menyalahgunakan kuasa dan mandat yang diamanahkan rakyat.
Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi BN negeri hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-10.
Beliau yang pada pilihan raya umum lepas bertanding dan menang di kerusi Parlimen Jerlun serta dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan BN bertanding peringkat negeri pada pilihan raya umum ke-13 yang berakhir semalam.
Beliau mengatasi calon PAS yang juga penyandang Abd Ghani Ahmad di DUN Ayer Hitam dengan kelebihan 2,446 undi.
Bernama
Mon May 06 2013
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Dr. Mahathir bersyukur Kedah kembali ke tangan BN
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan rasa syukur kerana Kedah kini kembali ke tangan Barisan Nasional (BN).