awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
8 maut bangunan runtuh di Mesir
Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Speaker
Wanita warga emas, anak maut dalam kebakaran di PPR Dato Senu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir 'order' makan bantu penghantar makanan

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
31/03/2020
11:24 MYT
Dr Mahathir 'order' makan bantu penghantar makanan
Menerusi kemaskini di laman Instagram miliknya, Dr Mahathir memuat naik rakaman video memaparkan beliau sedang menunggu penghantar makanan menghantar pesanannya di rumah.
SEPANJANG Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, kebanyakan rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan.
Tidak terkecuali bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut menggunakan perkhidmatan tersebut.
Menerusi kemas kini di laman Instagram miliknya, Dr Mahathir memuat naik rakaman video memaparkan beliau sedang menunggu penghantar makanan menghantar pesanannya di rumah.
Pada ruangan kapsyen, Ahli Parlimen Langkawi itu turut memuji pengorbanan dan khidmat penghantar makanan tersebut sepanjang tempoh PKP.
" Terima kasih Encik Alfatah hantar makanan yang saya pesan tadi. Khidmatnya cepat, cekap dan tertib sekali.
"‪Saya fikir ini salah satu cara yang saya boleh bantu untuk tingkatkan pendapatan mereka dalam pada kita patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan ini.‬ ‪Berhati-hatilah di jalanraya," katanya dalam entri tersebut, pada Selasa.
Pada masa sama, menerusi rakaman tersebut kelihatan Dr Mahathir sempat beramah mesra dengan pemuda berkenaan.
Setakat ini, video tersebut telah mendapat tontonan melebihi 170,000‬ dan tanda suka sebanyak 40,000 pengguna Instagram.
Pengikut Dr Mahathir di laman Instagram juga turut memberikan respon yang positif.
View this post on Instagram
‪Terima kasih Encik Alfatah hantar makanan yg saya pesan tadi. Khidmatnya cepat, cekap & tertib sekali.‬ ‪Saya fikir ini salah satu cara yg saya boleh bantu utk tingkatkan pendapatan mereka dalam pada kita patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan ini.‬ ‪Berhati-hatilah di jalanraya.‬
A post shared by Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) on
Mar 30, 2020 at 10:46pm PDT
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Instagram
#Langkawi
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#MP Langkawi
#Parlimen
#penghantar makanan
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan