Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memandu kereta Proton Saga baharu mengelilingi kota raya.
Dalam video yang dimuat naik di laman Facebooknya, Perdana Menteri dilihat mengamati reka bentuk luaran model terbaharu proton itu sambil diberikan penerangan mengenai kereta berkenaan oleh Pengarah Kejuruteraan Proton, Hazrin Fazail Haroon.
Turut kelihatan dalam video berdurasi 41 saat itu ialah Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Radzaif Mohamed.
Dr Mahathir kemudiannya memandu sendiri kereta berwarna merah itu di sekitar ibu negara dengan diiringi tiga lagi orang dalam kereta itu.
Proton melancarkan versi terkini Saga itu pada 6 Ogos lepas dalam tiga varian pada harga bermula RM32,800 seunit (Standard MT), RM35,800 (Standard AT) dan RM39,800 (Premium AT).
Versi terbaharu model ikonik dan terlaris Proton itu disuntik dengan ciri-ciri seperti gaya baharu, kotak gear automatik empat kelajuan dan ciri pintar pertama dalam kelasnya yang tidak hanya membezakan Saga dengan pesaing tetapi turut meningkatkan nilainya.
Di bahagian luar, Saga 2019 dilengkapi bampar hadapan baharu lebih agresif dengan lampu nyalaan siang, bahagian gril dengan corak 'infinitive weave' yang diperkenalkan sebelum ini dalam model PROTON X70, Iriz dan Persona 2019.
Model pertama Proton iaitu Proton Saga dilancarkan secara komersil pada 9 Julai 1985.
Nama Saga diilhamkan oleh Allahyarham Ismail Jaafar, seorang anggota tentera, ketika peraduan untuk menamakan kereta Proton yang pertama.
Nama itu diambil daripada Saga (Adenanthera pavonina), sejenis biji benih yang biasa ditemui di Malaysia.
- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 18 2019
Dr Mahathir Mohamad dan Syed Faisal Albar menunjukkan isyarat bagus merujuk pada model baharu Proton Saga.
[TERKINI] KWSP terima 2.86 juta permohonan pindah ke Akaun Fleksibel
2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan diterima dan dipindahkan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel membabitkan jumlah RM8.78 bilion.
484 calon SPM di Sabah peroleh keputusan cemerlang
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Raisin Sadin dalam satu kenyataan memaklumkan, ini peningkatan 140 calon yang memperoleh keputusan cemerlang berbanding 344 calon pada tahun 2022.
RM1 juta diperuntuk bagi pengamal media dalami latihan teknologi AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejumlah RM1 juta diperuntukan khusus untuk pengamal media mendalami teknologi AI.
Warga emas terselamat jatuh dari tingkat 16
Seorang warga emas terselamat selepas terjatuh dari tingkat 16 kediamannya di Azelia Residence PJU 9, Damansara Damai dekat sini pada Isnin.
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ahli Kongres AS gesa Netanyahu hentikan serangan
Ahli Kongres Amerika Syarikat, Ro Khanna menggesa agar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menamatkan serangan ke atas Rafah.
Dr Mahathir pandu Proton Saga baharu kelilingi ibu negara
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memandu kereta Proton Saga baharu mengelilingi kota raya.