awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir pengerusikan mesyuarat kabinet pertama

Bernama
Bernama
23/05/2018
03:00 MYT
Dr Mahathir pengerusikan mesyuarat kabinet pertama
Dr Mahathir bergambar bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan menteri-menteri kabinet sebelum mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri kali pertama di Perdana Putra hari ini. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempengerusikan mesyuarat kabinet yang pertama di Perdana Putra di sini, hari ini.
Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.25 pagi itu dihadiri kesemua 13 menteri yang mengangkat sumpah pada Isnin lepas.
Sebelum mesyuarat kabinet itu bermula, Dr Mahathir menyertai sesi bergambar bersama jemaah menteri.
Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Tan Sri Mazidah Abdul Majid.
Ini merupakan mesyuarat kabinet pertama setelah Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Dr Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei, lepas.
Dr Mahathir, 92, kembali menerajui negara selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh Malaysia berikutan kemenangan PH itu, sekali gus menjadi perdana menteri tertua di dunia.
Beliau sebelum ini merupakan perdana menteri Malaysia keempat dan menerajui tampuk pemerintahan negara dari 1981 sehingga 2003.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kabinet
#Mahathir Mohamad
#mesyuarat pertama
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#pilihan raya umum
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan