awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir secara seloroh umum akan bersara pada usia 95 tahun

Bernama
Bernama
01/10/2018
01:22 MYT
Dr Mahathir secara seloroh umum akan bersara pada usia 95 tahun
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meninjau secara eksklusif Koleksi Dunia Islamik di Galeri Al Bukhari British Muzium London, 30 Sept, 2018. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kembali menerajui tampuk pemerintahan negara pada usia 93 tahun, secara berjenaka menyatakan bahawa umur persaraan baharu ialah 95 tahun.
Jenaka beliau itu menerima tepukan gemuruh rakyat Malaysia yang bermastautin di United Kingdom ini dalam satu perjumpaan dengan beliau di sini pada Ahad.
Dr Mahathir lalu menambah bahawa beliau berharap akan dapat menyelesaikan banyak masalah yang telah membelenggu negara walaupun beliau tidak berhajat untuk "duduk lama" dalam jawatan itu.
"Saya berharap saya dapat terus bekerja sehinggalah saya bersara nanti," kata negarawan ulung itu.
Ketika ditanya sama ada isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali gembira dengan penangguhan persaraan beliau itu, Dr Mahathir berkata beliau (Siti Hasmah) tiada pilihan lain.
"Beliau sangat menyokong saya. Beliau mengikut saya ke mana jua saya pergi," katanya yang menerima tepukan kuat para hadirin.
Siti Hasmah turut hadir pada majlis itu bersama kira-kira 500 orang rakyat Malaysia lain.
Dr Mahathir telah mengangkat sumpah jawatan sebagai pemimpin paling tua di dunia yang dipilih mengetuai sebuah kerajaan selepas gabungan Pakatan Harapan yang dipimpinnya memenangi pilihan raya umum pada Mei lalu.
Menghimbau slogan "kepimpinan melalui teladan", Dr Mahathir berkata beliau telah menjadikan dirinya sebagai teladan dalam bekerja keras.
"Penyakit boleh membunuh anda, pekerjaan tidak. Anda bukan sahaja perlu bersenam untuk menguatkan otot-otot di badan anda, tetapi anda juga perlu membuat senaman minda untuk menguatkan minda anda," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angkat sumpah
#bersara
#gurau
#jenaka
#London
#Mahathir Mohamad
#seloroh
#Siti Hasmah Mohd Ali
#teladan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan