awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir tiba di Singapura, program tanpa henti menanti Perdana Menteri

Bernama
Bernama
12/11/2018
02:50 MYT
Dr Mahathir tiba di Singapura, program tanpa henti menanti Perdana Menteri
Dr Mahathir diiringi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Zainol Rahim Zainuddin (kiri) dan Saifuddin (belakang) setibanya di Kompleks VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura hari ini. --fotoBERNAMA
Tun Dr Mahathir Mohamad selamat tiba di Singapura untuk lawatan rasmi dua hari sebelum menyertai sembilan lagi ketua kerajaan untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-33.
Lawatan beliau ke republik itu adalah atas undangan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong yang mana kedua-duanya akan duduk bersama dalam mesyuarat dua hala buat pertama kalinya, di The Istana.
Pesawat yang membawa Perdana Menteri dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mendarat di Kompleks VIP Lapangan Terbang Changi di sini pada pukul 8.40 pagi.
Lawatan itu adalah sebahagian daripada lawatan pengenalan peringkat tinggi Dr Mahathir ke negara-negara ASEAN selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 pada Mei lepas.
Ketibaan beliau disambut Menteri Pembangunan Negara Singapura Lawrence Wong, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon dan Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah.
Dr Mahathir akan menghadiri majlis sambutan yang diadakan di Ceremonial Plaza, The Istana sebelum mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Halimah Yacob.
Perdana Menteri @chedetofficial dan isteri, selamat tiba di Singapura 8.40 pagi tadi bagi menghadiri lawatan kerja dan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 @501Awani pic.twitter.com/6ZIjFqzRhC
— Asyraf Hasnan AWANI @ ASEAN Summit 2018 (@AsyrafAWANI) November 12, 2018
Lee dan isteri Ho Ching kemudian akan menghoskan majlis makan tengah hari bagi meraikan Dr Mahathir dan isteri, selepas Majlis Penamaan Bunga Orkid.
Program lawatan hari pertama tidak terhenti di The Istana buat Perdana Menteri berusia 93 tahun itu kerana beliau akan memperuntukkan masa kira-kira satu jam setengah bertemu diaspora Malaysia di Singapura di Hotel Shangri La.
Beliau seterusnya akan ditemu bual oleh CNBC International sebelum menghadiri majlis makan malam ASEAN Business Awards 2018 di The Ritz Carlton.
Selain Saifuddin, turut mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking serta pegawai kanan daripada Pejabat Perdana Menteri dan Wisma Putra.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#lawatan rasmi
#Lee Hsien Loong
#Mahathir Mohamad
#Saifuddin Abdullah
#Sidang Kemuncak ASEAN
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan