awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir ucap Selamat Hari Deepavali

Bernama
Bernama
05/11/2018
12:23 MYT
Dr Mahathir ucap Selamat Hari Deepavali
Hari Deepavali ini juga tidak berbeza walaupun ia perayaan bagi penganut agama Hindu, rakyat Malaysia yang lain turut merasakan kegembiraan tersebut kerana ia mencermin ketenangan dan rasa selesa yang dapat dikongsi bersama. - Gambar fail
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia yang akan meraikan perayaan itu esok.
"Sepertimana apabila perayaan yang diraikan oleh rakyat Malaysia yang lain, ianya dikongsi bersama dalam erti kata kita turut berkongsi kegembiraan yang dirasakan oleh rakan kita yang lain agama ataupun bangsa," katanya dalam perutusan Deepavali yang dimuat naik menerusi video di Twitter dan Facebook beliau, malam ini.
Katanya, Hari Deepavali ini juga tidak berbeza walaupun ia perayaan bagi penganut agama Hindu, rakyat Malaysia yang lain turut merasakan kegembiraan tersebut kerana ia mencermin ketenangan dan rasa selesa yang dapat dikongsi bersama.
"Perasaan sebegini memberi makna kepada ungkapan hormat-menghormati dan perpaduan di dalam perbezaan atau 'unity in diversity'.
"Atas semangat ini, saya mengucapkan Selamat Hari Deepavali dan berharap sambutan kali ini memberi harapan kepada hari depan yang lebih bermakna," katanya.
Dr Mahathir berkata Hari Deepavali yang merupakan 'pesta cahaya' dan turut diperertikan sebagai perayaan di mana kebaikan mengalahkan kejahatan diharap memberi makna yang besar kepada penganut agama Hindu di Malaysia pada tahun ini.
Topic Berkaitan
#Deepavali
#Facebook
#Mahathir Mohamad
#perpaduan
#pesta cahaya
#rakyat
#Twitter
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan