Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Dr Noor Hisham nafi dakwaan vaksin Pfizer sebabkan kematian

71596015204_NOORHISHAMABDULLAH.jpg
Kata beliau, kematian yang berlaku selepas seseorang menerima vaksin tidak boleh secara automatik dikaitkan sebagai berpunca daripada vaksin.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech dengan pelbagai kesan sampingan, termasuk menyebabkan kematian.

Kata beliau, kematian yang berlaku selepas seseorang menerima vaksin tidak boleh secara automatik dikaitkan sebagai berpunca daripada vaksin.

Sebaliknya, punca sebenar kematian perlu dikenal pasti menerusi siasatan dan penilaian perubatan, termasuk bedah siasat dalam kes tertentu.

"Hakikatnya, vaksin menyelamatkan jutaan nyawa. Sebelum vaksin dibangunkan, ramai yang meninggal dunia setiap hari di seluruh dunia," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.

Image
Label Palsu_Tiktok

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata orang ramai tidak seharusnya memberi ruang kepada pihak yang menyebarkan maklumat tidak tepat sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

"Melayan atau memberi perhatian kepada golongan yang menyebarkan maklumat tidak berasas seperti ini hanya membuang masa," ujarnya.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang tular tanpa merujuk sumber sahih serta bukti perubatan.

 

Must Watch Video

Advertisement