awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Noor Hisham pengerusi mesyuarat jawatankuasa tertinggi dalam WHO

Bernama
Bernama
14/04/2023
04:08 MYT
Dr Noor Hisham pengerusi mesyuarat jawatankuasa tertinggi dalam WHO
Dr Noor Hisham mempengerusikan mesyuarat kedua Jawatankuasa Tetap Pencegahan, Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Kecemasan Kesihatan WHO. - Gambar/ FB Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR: "Ini pengalaman seumur hidup mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tertinggi dalam WHO," kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi pesanan WhatsApp kepada Bernama hari ini.
Dr Noor Hisham yang akan bersara daripada perkhidmatan awam dalam tempoh seminggu, berada di Geneva bagi mempengerusikan mesyuarat kedua Jawatankuasa Tetap Pencegahan, Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Kecemasan Kesihatan (SCHEPPR) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang diadakan dua hari bermula semalam.
Beliau dilantik sebagai Pengerusi pertama jawatankuasa itu bagi tempoh antara satu hingga dua tahun pada mesyuarat pertamanya, yang diadakan secara maya, pada 12 Dis tahun lepas.
Isnin lalu, media melaporkan Dr Noor Hisham akan bersara sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada 21 April selepas 35 tahun berkhidmat dalam kerajaan.
Dalam ucapan pada mesyuarat itu, Dr Noor Hisham menekankan peranan utama SCHEPPR adalah untuk menyokong dan mengukuhkan WHO, Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) dan Badan Perundingan Antara Kerajaan (INB).
Beliau berkata taklimat pengenalan oleh Jawatankuasa Pengawasan dan Penasihat Bebas (IOAC), Lembaga Pemantauan Kesiapsiagaan Global (GPMB) dan Program Kecemasan Kesihatan WHO (WHE) turut diberikan kepada ahli Jawatankuasa Tetap (SC) berorientasikan kerja mereka.
"Seperti yang dinyatakan sebelum ini, jawatankuasa tetap ini tidak akan bertindak sebagai pendua, sebaliknya melengkapkan tugasan baik yang dilakukan oleh IOAC dan GPMB. Adalah penting bagi SC untuk memberi keutamaan kepada kerja yang digariskan dalam TOR dan kekal fokus dalam perbincangan dan pertimbangannya," kata beliau.
Lembaga Eksekutif 34 anggota WHO, semasa mesyuarat tahunannya pada Mei tahun lepas, bersetuju membentuk SCHEPPR untuk membantu mempercepatkan tindak balasnya terhadap kecemasan kesihatan global seperti COVID-19.
Jawatankuasa Tetap hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk menjalankan kerja tetapnya dan boleh memutuskan untuk mengadakan mesyuarat luar biasa untuk menangani perkara-perkara yang mendesak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#mesyuarat WHO
#kongsi pengalaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan