KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa kini berada di Geneva, Switzerland untuk menghadiri Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-76 yang bermula pada 21 Mei sehingga 30 Mei ini, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Menurut kenyataan KKM hari ini, WHA merupakan perhimpunan berkala yang dihadiri oleh menteri-menteri kesihatan, ketua-ketua pengarah kesihatan dan pakar-pakar dalam bidang kesihatan bertujuan membincangkan status pelaksanaan dasar, program, hala tuju, komitmen dan strategi baharu sektor kesihatan yang telah dipersetujui secara konsensus di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Dalam sesi berkenaan, YB Menteri Kesihatan telah menyampaikan kenyataan dan akan membuat intervensi ke atas agenda-agenda perbincangan merangkumi Strategi Kesihatan Global Wanita, Kanak-kanak dan Dewasa (2016-2020), Universal Health Coverage dan pelaburan dalam bidang pembuatan produk dan teknologi kesihatan.
"Penyertaan Malaysia ke WHA ke-76 ini adalah penting kerana platform berkenaan menyediakan ruang bagi konsultasi dan membincangkan pelan dan dasar strategik berhubung kesihatan awam bersama-sama negara anggota lain demi kepentingan bersama dalam sektor kesihatan," menurut KKM.
Menurut kenyataan itu, Dr Zaliha sebelum itu telah menghadiri Mesyuarat Menteri- Menteri Kesihatan Komanwel (CHMM) ke-35 pada 20 Mei lalu yang menghimpunkan menteri-menteri kesihatan, pegawai kanan dan pemimpin kesihatan global dari negara-negara Komanwel untuk membincangkan isu-isu dasar kesihatan sejagat (Universal Health) dan isu berkaitan seperti mengukuhkan penjagaan kesihatan primer, kesihatan digital, kesihatan mental dan kesiapsiagaan serta tindak balas terhadap ancaman wabak/pandemik.
Kenyataan itu menyebut antara perkara yang dibincangkan oleh Malaysia termasuk penjagaan kesihatan primer bagi mencapai Perlindungan Kesihatan Sejagat (UHC) dan usaha untuk mengukuhkan pencegahan pandemik yang merangkumi kesiapsiagaan dan respons.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2023
Dr Zaliha Mustafa kini berada di Geneva, Switzerland untuk menghadiri Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-76 yang bermula pada 21 Mei sehingga 30 Mei ini. -Bernama
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Lebih 10,000 unit Residensi Madani, Wilayah akan dibangunkan di Putrajaya
Lebih 10,000 unit Residensi Madani dan Wilayah disasar dibangunkan di Putrajaya bermula tahun ini dan dijangka siap pada 2027.
Kerajaan tak cadang angkat Kampung Baru sebagai tapak warisan UNESCO
Pengiktirafan UNESCO akan menyebabkan sebarang cadangan pembangunan Kampung Baru tidak dapat diteruskan.
Sumbangan sempena Ramadan di KL hanya boleh disalur di tiga lokasi - Dr Zaliha
NGO dan orang perseorangan di ibu negara disaran menyalurkan sumbangan atau makanan sempena Ramadan di tiga lokasi yang ditetapkan DBKL.
Skim Perumahan MADANI akan diperincikan di sekitar Kuala Lumpur - Zaliha
JWP menyambut baik inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri dalam majlis penutup Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 pada Sabtu.
Jabatan Wilayah Persekutuan perkenal inisiatif lonjak potensi ekonomi
Jabatan Wilayah Persekutuan memperkenalkan dua insiatif antaranya meningkatkan siling dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.
JWP peruntuk RM520,000 untuk projek komuniti, hakisan pantai di Labuan
RM200,000 diperuntuk bagi membina dinding penahan bagi menyelesaikan isu hakisan pantai dekat gerai makanan di Kampung Tanjung Aru Nelayan.
Pembangunan pesat Wilayah Persekutuan seiring sosioekonomi penduduk
Kerajaan akan memastikan pembangunan sosial dan ekonomi penduduk Wilayah Persekutuan sentiasa seiring dengan pembangunan pesat di wilayah berkenaan.
Kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan dijangka minggu ini - Dr Zaliha
Kita tunggu kenyataan Lembaga Pengampunan, insya-Allah minggu ini kita harapkan, kata Dr Zaliha.
Isu penduduk Kg Setia Jaya, kerajaan masih tunggu cadangan boleh laksana kolej TAR
Dr Zaliha berkata pihaknya masih menunggu cadangan yang boleh dilaksanakan daripada kolej TAR berkenaan penempatan penduduk Kampung Setia Jaya.
Labuan lancar kempen kibar bendera sambut Hari Wilayah Persekutuan 2024
Labuan memulakan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 dengan pelancaran Kempen Mengibarkan Bendera Wilayah Persekutuan hari ini.