Trauma insiden Highland Towers yang mengorbankan 48 penghuni di Taman Hillview pada tahun 1993 dikatakan tidak pernah lenyap daripada ingatan penduduk negara ini.
Kawasan tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk sejak merdeka ini menyimpan 1,001 rahsia yang belum terungkai sehingga ke hari ini.
Tinjauan Astro AWANI turut mendapati kawasan itu sudah berpagar dan difahamkan tidak dibenar untuk dimasuki.
Dua blok 12 tingkat yang tinggal kelihatan suram dan sepi di siang hari dan agak menakutkan pada waktu malam.
Bagaimanapun, usaha sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka 'Projekt OFO' (Ohsem Flying Objekt) cuba membuang perasaan takut masyarakat dengan membawa visual sebenar persekitaran blok di Highland Towers seandainya melalui kawasan tersebut pada waktu malam.
Istimewanya kumpulan ini, mereka menggunakan dron atau sejenis pesawat udara tanpa juruterbang untuk meninjau persekitaran bangunan tinggal tersebut.
Ada dua kaedah penggunaan dron iaitu sama ada dikendalikan secara kawalan jauh atau diterbangkan secara bebas berdasarkan rancangan penerbangan yang telah diprogramkan.
Dianggotai Amri Iqwan Abd Majid, Muhamad Armi Abd Majib, Fauzy Mohd Rahim dan Kamarul Ehram Kamaruddin selaku 'pemandu' dron, Projekt OFO cuba menjawab pelbagai persoalan masyarakat mengenai apa yang terselindung di sebalik misteri Highland Towers.
Amri yang menjadi jurucakap kumpulan itu memberitahu terdapat enam individu yang terlibat secara langsung selain 15 orang lagi yang bertindak sebagai kakitangan sokongan.
"Apa yang kami buat tidak salah. Kami ikut semua peraturan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) yang menetapkan penerbangan tidak boleh melebihi 120 meter dan berat dron tidak melebihi 20 kilogram (kg).
"Kami mula berkenalan sejak 2005 semasa persediaan pengajian di Jerman. Kami memulakan OFO pada April 2015. Kerana itu ada nama di dalam projek ini diambil daripada beberapa frasa di dalam bahasa Jerman.
"Fauzy yang banyak 'main' dron dan pernah menerbangkan dron di Jerman, Belanda dan Perancis," kata Amri.
Rakaman selama sembilan minit 49 saat di sekitar kawasan Highland Towers yang menggunakan dron -Sumber YouTube Ohsem Flying Objekt OFO
Katanya, idea untuk membuat projek itu bermula atas rasa ingin tahu rahsia di sebalik lokasi seram berkenaan.
"Kami buat perkara yang orang tidak terfikir untuk lakukan. Jadi apabila difikir semula, kenapa tidak hantar dron ke kawasan seram. Kami penakut, tapi dron kami berani.
"Apabila kami periksa, ia bukan sahaja dilakukan di negara ini, namun sudah dibuat di seluruh dunia, lebih-lebih lagi pada waktu malam.
"Tetapi mungkin video kami adalah yang pertama dihasilkan dron di kawasan seram di negara ini," jelasnya.
Antara dron yang digunakan Projekt OFO untuk penggambaran di sekitar kawasan Highland Towers -Sumber gambar Projekt OFO
Katanya lagi, mereka turut menawarkan servis dron termasuk fotografi sehingga membuat pelan tiga dimensi.
"Highland Towers ini antara projek pertama untuk Projekt OFO di bawah OFO Media.
"Kami mahu bawakan pengalaman seram itu kepada mereka yang berminat dan ingin tahu mengenai lokasi itu di hadapan komputer riba dan telefon pintar dari perspektif dron.
"Kami mengambil masa selama tiga hari dan dua malam untuk menyiapkan rakaman dron berkenaan," ujarnya.
BACA: Penduduk bimbang tragedi Highland Towers berulang
Ketika ditanya apakah antara cabaran yang dialami semasa melakukan rakaman dron, ini katanya: "Pada saya mungkin nyamuk. Namun kepada pemandu dron, dia perlu pastikan rakaman tidak bergegar sangat kerana keadaan yang mencabar.
"Mungkin pemandu dron dilihat perlu mempunyai mental yang agak kuat dengan pelbagai versi kisah seram yang pernah diceritakan orang ramai di sana. Kalau ada apa-apa kelibat 'hantu', dialah yang pertama akan melihatnya.
"Paling tidak boleh dilupa, dron ditinggal di dalam kereta selepas rakaman, takut kalau ada yang mengikut sampai ke rumah."
BACA: Pemaju dan PBT masih tidak ambil iktibar tragedi Highland Towers
Antara anggota Projekt OFO, dari kiri Amri, Armi, Fauzy dan Kamaruddin -Sumber gambar Projekt OFO
Selain itu, katanya, maklumat lain mengenai mereka juga boleh diperoleh daripada laman web http://www.ofo.my.
Kondominium Highland Towers yang dibina pada tahun 1974 dan mula diduduki penghuninya tujuh tahun kemudian menjadi pilihan orang ramai kerana lokasinya yang terletak di lereng bukit dan dikelilingi kehijauan hutan.
Tanggal 11 Disember, 1993, bangunan Blok 1 kondominium tersebut yang terletak di Taman Hillview, Hulu Klang itu tumbang jam 1.35 petang.
Runtuhnya bangunan 12 tingkat itu dalam masa tidak sampai lima minit menyebabkan 48 penghuni blok berkenaan terkorban manakala hanya tiga mangsa sahaja yang berjaya dibawa keluar daripada runtuhan.
BACA: Selepas 21 tahun, semua pihak masih belum cukup sedar - Dr. Ibrahim Komoo
Terdahulu, Ketua Kluster Alam Sekitar dan Sumber Asli, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata, masyarakat, pemaju perumahan dan kerajaan disifatkan masih belum cukup sedar dan mengambil teladan selepas tragedi hitam runtuhan sebuah blok kondominium Highland Towers.
Katanya, walaupun isu itu masih belum selesai sepenuhnya, usaha pihak berkenaan untuk membendung kejadian sama di lokasi lain dilihat masih belum memuaskan.
Wan Syamsul Amly
Sun Jun 21 2015
Projekt OFO: Drone kami berani cari hantu di Highland Towers. -Gambar Facebook Projekt OFO
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Apa perkembangan seterusnya?
Setiausaha Negara AS, yang menjawab soalan di Capri, enggan mengulas mengenai serangan Israel terhadap Iran.
Jordan pertahan tindakan pintas dron Iran
Negara itu konsisten dengan polisinya bahawa ia akan bertindak ke atas pencerobohan pihak asing di ruang udaranya.
Iran lancar lebih 200 dron ke Israel
Tentera Israel berkata bahawa puluhan pelancaran peluru berpandu permukaan telah dikenal pasti menghampiri wilayah Israel.
Jordan pintas dron Iran ke Israel
Tentera juga berada dalam keadaan berjaga-jaga dan sistem radar memantau sebarang aktiviti dron yang datang dari arah Iraq dan Syria.
'Kami serang Israel kerana abai amaran PBB' - IRGC
Serangan dilakukan ke atas Israel atas sebab mereka mengabaikan arahan Majlis Keselamatan PBB supaya menghentikan pencerobohan.
Tentera Israel tembak jatuh dron Iran
Letupan kuat kedengaran selepas sistem pertahanan udara menembak jatuh objek yang terbang di langit bandar itu.
Tentera Laut Amerika bangunkan senjata gelombang mikro tangkis dron
Sistem menangkis senjata semasa tidak direka untuk memusnahkan dron dan kosnya juga adalah lebih tinggi berbanding senjata yang menyerang.
Kanada bekalkan lebih 800 dron bernilai AS$95 juta ke Ukraine
Menteri Pertahanan, Bill Blair mengumumkan bahawa Kanada akan menderma lebih 800 SkyRanger R70 Multi-mission Unmanned Aerial Systems kepada Ukraine.
UK meterai perjanjian keselamatan baharu dengan Ukraine
Perjanjian ini diumumkan selepas pertemuan dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy di Kiev.