awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua ahli kongsi gelap warga Taiwan ditahan di KLIA

Sinar Harian
Sinar Harian
29/04/2023
04:07 MYT
Dua ahli kongsi gelap warga Taiwan ditahan di KLIA
Kedua-dua suspek lelaki itu diberkas pada 20 April lalu oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Dua individu dipercayai ahli kongsi gelap serta anggota sindiket penipuan selain terlibat dalam kes tembakan di Taiwan diserahkan kepada pihak berkuasa negara tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kedua-dua suspek lelaki itu sebelum ini diberkas pada 20 April lalu oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
"Kedua suspek diberkas ketika memasuki negara ini melalui penerbangan dari Taiwan, semakan dijalankan mendapati kedua suspek merupakan individu dikehendaki kerana disyaki terlibat dengan kes tembakan di Taiwan.
"Selain itu, suspek turut didapati merupakan ahli kongsi gelap selain terlibat dalam sindiket penipuan di Taiwan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, waran tangkap dikeluarkan oleh pihak berkuasa Taiwan selain pembatalan pasport yang dilakukan pihaknya.
"Tangkapan dijalankan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
"Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama erat Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama pihak berkuasa Taiwan.
"Kolaborasi antara kedua pihak akan diteruskan untuk mengenal pasti rangkaian jenayah berkait kedua-dua suspek di negara ini," katanya.
Tegasnya, PDRM sentiasa komited dalam memastikan Malaysia tidak dijadikan transit bagi mana-mana kegiatan jenayah.
"Keamanan dan ketenteraman awam sentiasa menjadi keutamaan PDRM bagi memastikan Malaysia tidak menjadi destinasi bagi mana-mana pihak yang melanggar undang-undang," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#KLIA
#kongsi gelap
#sindiket penipuan
#Taiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan