awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Erdogan desak usaha damai di Gaza, Ukraine seperti perjanjian Iran-Israel
MALAYSIA
Umat Islam perlu bermuhasabah, perbaharui tekad sempena Maal Hijrah - Sultan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Dua anakanda Sultan Johor bakal beraksi di perlumbaan 24 Jam Spa-Francorchamps

Astro Awani
Astro Awani
26/06/2025
14:07 MYT
Sponsor Banner
Dua anakanda Sultan Johor bakal beraksi di perlumbaan 24 Jam Spa-Francorchamps
Dari kiri: Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar bakal beraksi di perlumbaan 24 Jam Spa-Francorchamps, yang merupakan salah satu perlumbaan GT3 terbesar musim ini - Foto/The Royal Johor
KUALA LUMPUR: Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim bakal beraksi di perlumbaan 24 Jam Spa-Francorchamps, yang merupakan salah satu perlumbaan GT3 terbesar musim ini.
The Royal Johor dalam kenyataan di Facebook memaklumkan kedua-dua anakanda kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim itu akan bergandingan dan memandu secara bergilir bersama Alexander Sims dan Jordan Love.
Tunku Abdul Rahman bertitah, sebagai sebuah pasukan, perjalanan mereka masih jauh dan mahu jadi antara yang terbaik.
"Kita bersyukur dengan perkembangan positif setakat ini, namun ini hanya permulaan.
“Ada banyak lagi pasukan dan kereta yang hebat. Apa-apa boleh terjadi dalam perlumbaan endurance, jadi keutamaan kami adalah untuk berlumba sehingga ke penamat, sebelum kita mensasarkan kemenangan,” titah baginda.
Sementara itu, adindanya, Tunku Abu Bakar bertitah, penyertaan kali ini membuka peluang pasukan untuk terus menggilap bakat permotoran tempatan Malaysia.
“Ini merupakan tahun pertama kita bergerak sebagai sebuah pasukan sendiri. Ada beberapa ahli pasukan kami dari Malaysia dan tumpuan kita adalah untuk menggalakkan bakat dari Malaysia untuk bersama kita di peringkat antarabangsa.
“Kita bukan sahaja mensasarkan kejayaan, sebahagian daripada hasrat kita adalah untuk membawa rakyat Malaysia bersama kita untuk mencapai matlamat kejayaan itu,” titah Tunku Abu Bakar.
Johor Motorsports Racing (JMR) sebagai pasukan tunggal dari Malaysia akan menggunakan jentera Chevrolet Corvette Z06 GT3.R, berentap dengan 75 jentera lain dari seluruh dunia pada 28 hingga 29 Jun ini.
Penonton di Malaysia boleh menyaksikan perlumbaan 24 Jam Spa-Francorchamps di pautan ini:
Topic Berkaitan
#Sultan Ibrahim
#Tunku Abdul Rahman
#tunku abu bakar
#24 Jam Spa-Francorchamps
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami