awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua anggota polis trafik direman bantu siasatan kes peras ugut warga Bangladesh

Bernama
Bernama
20/07/2024
06:00 MYT
Dua anggota polis trafik direman bantu siasatan kes peras ugut warga Bangladesh
Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 384 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan. -Gambar hiasan
KANGAR: Dua anggota polis trafik ditahan reman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes memeras ugut dan memukul seorang lelaki warga Bangladesh, semalam.
Perintah terhadap suspek berusia awal 30-an berpangkat koperal itu dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor.
Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 384 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
"Kedua-dua suspek ditahan semalam selepas polis menerima laporan bahawa lelaki warga Bangladesh itu dipercayai dipukul serta diperas ugut oleh mereka dan nilai wang yang dipercayai diterima daripada peras ugut itu ialah sebanyak RM700," katanya.
Beliau berkata polis masih menunggu laporan penuh perubatan untuk mengetahui tahap kecederaan yang dialami mangsa.
Muhammad juga berkata pihaknya tidak akan sesekali melindungi anggota mahupun pegawai polis yang bertindak menyalahi undang-undang dan tindakan tatatertib akan diambil sekiranya mereka didapati bersalah.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota polis trafik
#tahan reman
#peras ugut
#pukul warga Bangladesh'
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan