awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia perlu kekal aktif rohani dan jasmani - Dr Mohammed Taufiq
Perry Bamonte, ahli The Cure, meninggal dunia pada usia 65 tahun
21 tahun Tsunami: Musibah menjadi berkah perdamaian kekal di Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua bayi nyaris maut, kereta rempuh ambulans

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
23/06/2021
08:55 MYT
Dua bayi nyaris maut, kereta rempuh ambulans
Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi itu ambulans dipercayai datang dari Klinik Kesihatan Padang Kulim dan sebaik tiba di lokasi kejadian sebuah kereta Proton Persona dalam keadaan laju lalu merempuh bahagian sisi ambulans. - Sumber foto PDRM
KULIM: Dua bayi dan dua wanita serta tiga kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) nyaris maut apabila ambulans dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Simpang Empat Kulim Hi-Tech, pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi itu ambulans dipercayai datang dari Klinik Kesihatan Padang Kulim dan sebaik tiba di lokasi kejadian sebuah kereta Proton Persona dalam keadaan laju lalu merempuh bahagian sisi ambulans.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sebaik menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 10.53 pagi sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya, sebaik tiba terdapat tujuh orang dalam ambulans iaitu dua bayi dan dua wanita serta tiga kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Seorang lagi adalah wanita berusia dalam lingkungan 50-an yang terperangkap di dalam kereta Proton Persona.
Katanya, ketiga-tiga kakitangan KKM itu serta dua wanita berkenaan cedera ringan manakala kedua-dua bayi itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mohamadul Ehsan berkata, kesemua mangsa yang cedera di hantar ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
#bayi
#kemalangan
#kereta
#simpang empat kulim hi-tech
#Mohamadul Ehsan Mohd Zain
#bomba
#Kementerian Kesihatan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan