SIBU:Dua bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) bersama kira-kira 6,000 penyokong dari kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Rajang dan Semop.
Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh berkata dengan sokongan kuat seumpama itu, bekas pengerusi jawatankuasa penaja PKR Tanjung Manis Datuk Seri Abang Aditajaya Abang Alwi dan bekas ketua Cabang PKR Sibu Abdul Raafidin Majidi masing-masing boleh menjadi calon PSB dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 di Kuala Rajang dan Semop.
"Diharapkan apabila tiba masanya (pilihan raya negeri), rakyat akan memberi sokongan kepada kedua-duanya untuk menjadi wakil mereka.
Saya yakin kedua-dua mereka akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan ini," katanya dalam satu sidang media di sini.
Wong berkata adalah tidak benar PSB hanya menerima sokongan daripada masyarakat Dayak.
"Mengikut komposisi demografi, sudah tentu lebih ramai orang Dayak menyertai PSB daripada mana-mana bangsa, memberikan gambaran bahawa seperti PSB tidak dapat banyak sokongan daripada masyarakat Melayu/Melanau.
Sebenarnya, kami mempunyai sokongan kuat daripada semua komuniti termasuk Melayu/Melanau seperti di Lingga, Muara Tuang, Kabong, Asajaya, Tellian, Balingian, Bekenu, Lambir Saribas, Bukit Kota, Sebuyau dan Demak Laut," katanya.
Selain daripada mendukung misi dan wawasan PSB untuk membawa pembangunan yang lebih seimbang kepada rakyat Sarawak, Aditajaya dan Raafidin berjanji untuk memperjuangkan hak tanah adat bumiputera (NCR) di negeri ini.
"Saya sudah membuat keputusan dan bersetuju untuk menyertai sebuah parti tempatan Sarawak untuk meneruskan perkhidmatan saya kepada rakyat, mempertahankan dan mengembalikan hak rakyat," kata Aditajaya.
"Keputusan ini (menyertai PSB) tidak dibuat secara terburu-buru. Selain daripada meneruskan apa yang saya perjuangkan dalam parti sebelum ini, terutamanya hal berkaitan tanah NCR, saya akan menumpukan pembangunan infrastruktur kepada rakyat di kawasan pedalaman, " kata Raafidin.
Kedua-dua mereka kemudian menyerahkan borang keahlian PSB kepada Wong.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 27 2020

Bekas pengerusi jawatankuasa penaja PKR Tanjung Manis Datuk Seri Abang Aditajaya Abang Alwi dan bekas ketua Cabang PKR Sibu Abdul Raafidin Majidi menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB). -Gambar fail

Angkat sumpah Biden | Cabaran besar memulihkan negara
Joe Biden bakal berdepan pelbagai cabaran besar selepas dirasmikan sebagai Presiden Amerika Syarikat Ke-46 pada 20 Januari ini. Selain menangani pandemik COVID-19 yang membunuh 4 ribu penduduk setiap hari, biden juga perlu menyatukan semula rakyat negara itu, terutama selepas serangan di bangunan capitol pada 6 Januari lalu.

FMM minta kerajaan perluaskan Akta COVID-19 untuk sektor perdagangan dan logistik
Ia bertujuan bagi memulihkan sektor perdagangan dan logistik yang merosot akibat pandemik COVID-19.

PKP | Polis tiada kuasa batalkan kompaun
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan atau mengurangkan kompaun yang dikeluarkan terhadap mereka yang melanggar Perintah Kawalan Keselamatan (PKP), kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid.

10 Berita Pilihan - (18 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis, JKNS siasat kes minum arak di pusat kuarantin - Masidi
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius isu video tular individu meminum minuman keras di sebuah pusat kuarantin.

COVID-19: Tidak sampai seminggu, China siapkan pusat kuarantin dengan 4,160 bilik
Mengikut perancangan asal, pusat kuarantin yang meliputi kawasan seluas 34 hektar itu hanya akan menempatkan 3,000 buah bilik.

Amaran cuaca buruk di pedalaman dan pantai barat Sabah serta Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di pedalaman dan Pantai Barat di Sabah serta Labuan sehingga esok.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Persekolahan secara bersemuka Tabika Kemas ditangguh
Sesi persekolahan Tabika Kemas secara bersemuka di seluruh negara yang sepatutnya bermula pada 20 Jan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Proklamasi Darurat: PH tolak rasional Muhyiddin, gesa jangan sembunyi di belakang COVID-19
PH mendakwa undang-undang sedia ada, termasuk PKP, mencukupi untuk mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak COVID-19

Bukan persoal keputusan MKT, tetapi pertahan keputusan dasar parti - Tun Faisal
Tun Faisal Ismail berkata, perjuangan Annuar juga adalah untuk memperkukuhkan MN selain menyokong PN dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pemuda PKR nasihat UMNO lapor SPRM isu 'curi', 'beli' ahli
Laporan kepada SPRM selaras dengan Perkara 25 (1) Akta SPRM iaitu kewajipan melaporkan sogokan.

"Grand Coalition" secara dasar dipersetujui PKR dan DAP - Khalid Samad
Khalid berkata, PH melalui Majlis Presiden perlu maklum kepentingan perluas kerjasama dengan parti pembangkang lain bagi hadapi PRU ke-15

Tiba masa kerajaan, pembangkang pertimbang Kabinet bayangan
Kerajaan dan pembangkang disaran mempertimbangkan usaha untuk menginstitusikan Kabinet bayangan di peringkat Dewan Rakyat sebagai usaha mengukuhkan amalan demokrasi di negara ini.

PKR Sarawak tolak peletakan jawatan Larry Sng
Ketua Penerangan MPN, Abun Sui Anyit dalam satu kenyataan pada Selasa berkata keputusan itu dibuat pada Mesyuarat MPN tergempar yang diadakan pada Selasa.

Larry Sng lepas jawatan, mahu PKR Sarawak diketuai Dayak
Larry Sng hari ini meminta pimpinan parti di peringkat pusat memilih calon baharu dalam kalangan pemimpin Dayak bagi mengetuai jentera parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri.

Kenyataan Anwar letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Perkara itu disahkan palsu oleh Pengarah Komunikasi Strategik PKR Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil pada Khamis malam.

Jangan diperalat pihak tertentu demi kepentingan diri - Tian Chua
Tumpuan ketika ini, menurut Tian Chua, adalah bergabung semula dan mengembangkan rakan baharu dalam Pakatan Harapan.

Sebarang tindakan disiplin terhadap Akmal Nasrullah perlu diambil berdasarkan lunas parti - AMK Selangor
Mohd Najwan berkata, bagaimanapun perkara itu perlu diselesaikan secara dalaman melibatkan pimpinan parti dan AMK.