awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua belas individu didakwa tawar pinjaman tidak wujud

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
04/07/2022
05:33 MYT
Dua belas individu didakwa tawar pinjaman tidak wujud
Kesemua tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pagi tadi untuk menghadapi tuduhan. - Foto Astro AWANI
BUKIT MERTAJAM: Dua belas individu termasuk tiga wanita masing-masing didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini atas pertuduhan menawarkan pinjaman tidak wujud Jun lepas.
Tertuduh, Foo Shi Jie, 19, Muhammad Syafiq Aiman Mohd Sofian, 19, Nornajihah Sutiman, 19, Chan Zi Quan, 21, Ryman Shah Razes, 21, Ng Zi Xuan, 21, Muhammad Faisal Zainal Akbar, 22, Tan Chia Yee, 22, Ainul Taherah Johari, 22, Low Jia Chun, 22, Muhammad Hafiz Shamsul, 26, Muhammad Norzulhilme Sumari, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.
Mengikut pertuduhan, semua mereka didakwa bersama-sama sebagai pihak satu pakatan jahat dengan melakukan perbuatan salah di sisi undang-undang iaitu menawarkan pinjaman tidak wujud.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Jalan Perda, Daerah Seberang Perai Tengah jam 12.45 tengahari pada 15 Jun 2022.
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 120B (2) Kanun Keseksaan dan dibaca mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Benjamin Tan Yi Bin.
Terdahulu semasa prosiding, Mohammad Syafiq Nasrullah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana kesan kesalahan membabitkan orang awam selain sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai.
Bagaimanapun peguam tertuduh memohon supaya hukuman denda minimum dikenakan ke atas anak guamnya selepas semua tertuduh mengaku salah dan insaf dengan perbuatan mereka.
Katanya, semua anak guamnya masih muda dan kebanyakannya tidak mempunyai pekerjaan selain seorang masih belajar di kolej dan bekerja di kilang.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,000 seorang terhadap semua tertuduh dan jika gagal membayarnya, akan dipenjara selama enam bulan.
Topic Berkaitan
#pinjaman tidak wujud
#penipuan
#Bukit Mertajam
#Seberang Perai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan