SRI AMAN: Dua beradik hanya sempat meraikan Aidilfitri bersama selama enam hari sebelum terkorban dalam kemalangan maut di Jalan Stirau, Stumbin, di sini, semalam.
Kedua-duanya menemui ajal apabila kenderaan jenis Proton Ezora yang dipandu mangsa, Joll Mohamad, 56 tahun, terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori simen.
Turut maut, kakaknya Latifah, 62 tahun, yang menumpang kenderaan tersebut.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Henderi Ardimansyah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.27 petang dan segera mengatur gerak sebuah jentera dan sebuah ambulans EMRS dari Balai Sri Aman dengan kekuatan tujuh anggota ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, pasukan segera mengeluarkan dua mangsa daripada kenderaan Proton Exora, yang tersepit di ruang pemandu dan penumpang belakang.
“Kedua-dua mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh paramedik Hospital Sri Aman," katanya.
Seorang lagi mangsa di dalam kenderaan berkenaan berjaya dikeluarkan lebih awal dan segera dikejarkan ke Hospital Sri Aman oleh paramedik Angkatan Pertahanan Awam.
Turut tersepit, kata Henderi lagi, pemandu lori simen yang berusia 43 tahun, setelah kenderaannya terhumban ke dalam parit.
“Mangsa yang cedera ringan berjaya diselamatkan setelah lori terbabit ditarik keluar menggunakan sebuah jengkaut," katanya.
Tambah Henderi, kedua-dua mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Devonshire Sikem
Mon Apr 15 2024
Pasukan bomba mengeluarkan dua mangsa daripada Proton Exora yang tersepit di ruang pemandu dan tempat duduk penumpang belakang. - Foto JBPM Sarawak
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Dua termasuk pelajar UTP maut nahas jalan raya di Perak
Kereta yang mereka naiki terbabas berhampiran pasar raya Econsave Bandar Seri Iskandar.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut ketika berkonvoi
Kejadian kira-kira 10.15 pagi itu melibatkan tiga motosikal kuasa tinggi dan sebuah kereta.
Kereta terbalik, pemandu patah tangan
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berkaitan kemalangan jalan raya itu pada jam 5.32 pagi.
Pemandu, kelindan lori tersepit kemalangan 3 kenderaan
Pemandu dan kelindan sebuah lori tiga tan cedera selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuala Selangor-Teluk Intan, berhampiran pekan Sekinchan.
Budak 9 tahun maut dilanggar ketika melintas jalan
Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun maut dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, Kampung Belimbing di sini pada Khamis.
Pemandu mabuk langgar murid Tahun Lima depan sekolah direman
Seorang lelaki direman berikutan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan di hadapan sekolah di Port Dickson.
779 kes kemalangan maut babitkan pelajar sekolah - Pengarah JSPT
Sebanyak 779 kes kemalangan maut membabitkan pelajar sekolah direkodkan di seluruh negara sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini.
Bernama serah sumbangan kepada keluarga Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar
Sumbangan tersebut disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin di kediaman Allahyarham.
Buruh binaan maut pacuan empat roda dipandu bertembung lori tanah
Muhammad Haziq yang memandu Ford Ranger dari arah Lata Belatan ke pekan Jabi bertembung dengan lori dari arah bertentangan.
Jumlah nahas maut jalan raya lebih tinggi daripada kematian akibat COVID-19
Lebih banyak usaha perlu dibuat untuk meningkatkan kesedaran awam sebagai langkah pencegahan.