KAJANG: Malang tidak berbau apabila dua orang kanak-kanak lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika bermain di luar rumahnya di Kampung Teras Jernang, di sini pada petang Jumaat.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Bangi, Norazlin Syahidah Ali berkata, tragedi menimpa dua beradik berumur 10 dan 11 tahun itu disaksikan oleh adik bongsu kepada mangsa.
Menurutnya, kejadian berlaku semasa kedua-dua murid sekolah terbabit sedang bermain air di luar rumah pada petang Jumaat selepas bapanya pergi ke kedai yang jaraknya kira-kira 1 hingga 2 kilometer.
"Ada wayar elektrik pada tiang Tenaga Nasional Berhad (TNB) terputus dan terjatuh atas bumbung rumah.
"Ketika mereka bermain di luar rumah, mangsa (berumur 11 tahun) terpegang besi ampaian baju dalam keadaan basah dan terkena renjatan elektrik.
"Adiknya cuba bantu selamatkan abangnya, tapi turut terkena renjatan dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Dalam pada itu, Norazlin Syahidah memaklumkan kedua-dua mangsa ketika ini masih berada di Hospital Serdang untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teras Jernang dekat sini.
Ujarnya, buat masa ini, pihak sekolah sedang melaksanakan kutipan derma kilat untuk membantu keluarga tersebut yang dikatakan asnaf tanpa pendapatan tetap.
"Kutipan ini dilakukan bagi meringankan beban keluarga mangsa. Ibu bapa mangsa hanya bekerja sendiri, kutip botol, tin, tangkap ikan di sungai untuk dijual," katanya.
Orang ramai yang ingin membantu keluarga mangsa boleh menyalurkan sumbangan ke akaun PIBG SK Bandar Baru Bangi iaitu 12100000758712 (Bank Muamalat Malaysia Berhad) sehingga 5 Oktober.
Transaksi tersebut kemudiannya perlu dihantar kepada Norazlin Syahidah di talian 016746818 untuk pengesahan penerimaan dan rekod. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 01 2022

Wayar elektrik yang ada pada bumbung rumah dan bersambung dengan ampaian baju menjadi punca kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat renjatan elektrik. Gambar kecil: Norazlin Syahidah - Foto Sinar Harian

Kanak-kanak kes dera diserah kepada ibu kandung - Exco
Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang diselamatkan polis selepas disyaki menjadi mangsa dera ayah kandung dan ibu tirinya sejak Mac lalu di Jempol, akan diserahkan kepada ibu kandungnya.
Suara Rakyat: Ribuan penduduk beratur beli beras RM1
Di sebalik isu kekurangan bekalan beras dan peningkatan harga barangan dalam negara, penduduk di daerah Manjung Lumut, Perak hari ini cukup bertuah.
Seribu penduduk di kawasan itu gembira dan bersyukur kerana dapat membeli beras kampit lima kilogram pada harga hanya RM1.
Jualan beras pada harga tersangat murah itu dijalankan oleh Yayasan Misi Rakyat bagi membantu orang ramai.
Seribu penduduk di kawasan itu gembira dan bersyukur kerana dapat membeli beras kampit lima kilogram pada harga hanya RM1.
Jualan beras pada harga tersangat murah itu dijalankan oleh Yayasan Misi Rakyat bagi membantu orang ramai.

Permintaan beras putih tempatan di Kelantan meningkat hampir 50 peratus
Permintaan terhadap bekalan beras putih tempatan meningkat hampir 50 peratus di Kelantan susulan kenaikan harga beras import.

Laporan pasangan warga asing minta sedekah dirujuk kepada UNCHR, JKM
Polis akan meneliti jika ada pelanggaran undang-undang berkaitan insiden seorang wanita warga asing bertindak biadab selepas dibongkar meminta sedekah.

LTdL 2023: Nur Amirull rampas jersi Raja Bukit rakan sepasukan
Pelumba pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki berjaya menyambar jersi Raja Bukit pada perlumbaan peringkat kedua LTdl 2023.

Tidak puas hati keputusan juri, pertandingan dikir barat kecoh
Pertandingan akhir dikir barat sempena Festival Kesenian Rakyat Kelate (FKRK) 2023 di Pantai Geting malam Sabtu kecoh apabila wujud ketidakpuasan hati terhadap senarai pemenang.
SPRM mungkin panggil Radzi Jidin - Azam Baki
SPRM masih menjalankan siasatan sepenuhnya berhubung siasatan dakwaan rasuah itu berhubung projek membabitkan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah bernilai kira-kira RM80 juta.

Pencapaian di Sukan Asia jadi indikator persediaan hadapi Olimpik 2024
Pencapaian pada Sukan Asia Hangzhou 2022 menjadi indikator penting dalam persediaan menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.

Tentera Israel bunuh 2 rakyat Palestin dalam serbuan di Tebing Barat
Tentera Israel membunuh dua rakyat Palestin dalam serbuan di Kem Pelarian Nur Shams di Tebing Barat yang diduduki pada Ahad.

Anak bekas menteri layak terima biasiswa, pemilihan ikut dasar, SOP - MAIWP
Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri layak menerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara (Jordan) MAIWP.

PRN: Suruhanjaya Tenaga nasihat elak aktiviti berbahaya semasa berkempen
Suruhanjaya Tenaga menasihatkan supaya aktiviti berbahaya tidak dilakukan semasa kempen Pilihan Raya Negeri diadakan.

16 maut terkena renjatan elektrik di tapak projek sungai di India
Sekurang-kurangnya 16 orang maut akibat terkena renjatan elektrik di tapak projek sungai di negeri Uttarakhand utara India selepas sebuah transformer kuasa meletup pada Rabu.

Bekas ADUN disiasat kes tangkap ikan guna renjatan elektrik
Bekas ADUN Terengganu dipanggil bagi memberi keterangan susulan penularan video memaparkan tindakan beliau menangkap ikan menggunakan alatan terlarang.

Cuba potong tembaga dipercayai punca lelaki maut terkena renjatan elektrik - Polis
Seorang lelaki yang dilaporkan maut akibat terkena renjatan elektrik di Bidpr dipercayai cuba memotong tembaga di dalam bilik kuasa elektrik.

Lelaki maut terkena renjatan elektrik
Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik di Kampung Coldstream, Bidor hari ini.

Pekerja hotel Labuan maut terkena renjatan elektrik tiang lampu
Seorang pekerja hotel maut akibat terkena renjatan elektrik dari sebuah tiang lampu jalan yang bervoltan tinggi di pusat bandar tengah malam tadi.

Lelaki maut terkena renjatan elektrik di dalam lurang Pulau Indah
JBPM Selangor menerima panggilan pukul 4.04 petang dan tiba 10 minit kemudian di lokasi kejadian.

Laporan kes dua beradik maut renjatan elektrik dihantar ke Jabatan Peguam Negara
Pihak Suruhanjaya Tenaga telah menghantar laporan penuh itu selepas melengkapkan siasatan kes berkenaan mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

Remaja maut terkena renjatan elektrik
Abdul Rahman Mohd Said, 15, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan parit yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya.

Banjir: TNB putuskan bekalan elektrik, sediakan set mudah alih di PPS
Langkah berkenaan juga bertujuan meminimumkan kerosakan pepasangan TNB dan memastikan pengurusan bekalan tenaga teratur.