KOTA TINGGI: Dua beradik melecur pada bahagian tangan dan badan ketika cuba menyelamatkan diri selepas kediaman mereka di Taman Bayu Damai, Pengerang di sini terbakar, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai Pegawai Bomba Tinggi II Ezam Mistorerrodin berkata kedua-dua mangsa dikenali sebagai Lim Bee Sing, 59, dan Lim Bee Hea, 70, diberi rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Sungai Rengit di sini untuk rawatan lanjut.
"Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran dua rumah jenis struktur kekal yang masing-masing musnah 90 peratus dan 30 peratus serta terdapat dua mangsa termasuk seorang warga emas berada di sebuah rumah.
"PKO kemudian bertindak membuat pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dan satu aliran 100 kaki dua pancutan sumber pili bomba berhampiran sehingga api padam sepenuhnya," katanya menerusi satu kenyataan malam tadi.
Terdahulu, Ezam berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.06 tengah hari sebelum 32 anggota dan jentera digegaskan ke tempat kejadian.
"Bagaimanapun, punca kebakaran dan anggaran kerugian dua rumah yang bersebelahan itu masih dalam siasatan, operasi ditamatkan sepenuhnya kira-kira 1.54 tengah hari," katanya sambil menambah, kebakaran di sebuah lagi rumah tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 04 2023
Dua rumah musnah dalam kebakaran dan mengakibatkan dua lelaki melecur di Taman Bayu Damai, Pengerang, Kota Tinggi pada Isnin. - Foto Sinar Harian
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Depot minyak Itali terbakar, dua maut, sembilan lagi cedera
Kanlaon, setinggi 2,400 meter di atas paras laut di Pulau Negros, adalah satu daripada 24 gunung berapi aktif di Filipina.
Restoran di Pantai Chenang musnah dijilat api
Kebakaran itu menyebabkan restoran berkenaan musnah hampir 100 peratus, namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Kebakaran di bilik bicara Mahkamah Persekutuan dipercayai akibat litar pintas
Istana Kehakiman kecoh seketika apabila kebakaran tercetus di sebuah bilik perbicaraan Mahkamah Persekutuan, tengah hari Khamis.
3 maut dalam kebakaran di Palembang, Indonesia
Mangsa yang maut termasuk dua penghuni sebuah rumah serta seorang pekerja bengkel yang identitinya masih belum disahkan.
Rumah kedai terbakar di Kajang, empat mangsa terselamat
Sebuah rumah kedai dua tingkat dan tiga unit kedai berkembar di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, musnah dalam kebakaran pada awal pagi ini.
Warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di Ranau
Dalam kejadian pukul 1.20 pagi, Wong Ling Ying, 74, dijumpai di rumahnya yang terbakar 99 peratus manakala rumah kedua terbakar 50 peratus.
Stor farmasi Hospital Papar terbakar: 51 pesakit dipindahkan
Pada masa sama, terdapat lapan pesakit di Jabatan Kecemasan yang terkesan akibat insiden tersebut.
Stor farmasi Hospital Papar terbakar
Sebuah bangunan menempatkan stor farmasi Hospital Papar hangus terbakar, manakala bilik makmal kajian hanya terkena bahangan api dalam kejadian kira-kira 7 malam ini.
Puluhan dron serang Moscow, operasi di lapangan terbang ditangguhkan
Seorang wanita berusia 52 tahun mengalami kecederaan pada leher, muka, dan tangan, dan kini sedang dirawat di hospital.
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.