ALOR SETAR: Dua beradik perempuan masing-masing merupakan murid darjah tiga dan satu di sebuah sekolah rendah di sini cedera disyaki didera bapa tiri mereka baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata perkara itu disedari guru kepada murid darjah tiga berkenaan pada Selasa lepas.
"Pada 10.15 pagi, guru mangsa yang berada di dalam kelas mendapati terdapat kesan lebam di bahagian kiri dan kanan pipi mangsa dan apabila ditanya, mangsa memberitahu dia telah dipukul oleh bapa tirinya.
"Guru berkenaan kemudian memaklumkan perkara itu kepada guru kaunseling dan pihak pentadbiran sekolah sebelum dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Alor Setar untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihak JKM telah datang ke sekolah itu untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Alor Setar pada keesokan harinya dengan membawa kedua beradik itu.
"Polis telah merakamkan keterangan guru dan pegawai JKM yang menerima aduan awal. Hasil temu bual ke atas kedua-dua beradik itu, mereka memaklumkan dipukul oleh bapa tiri dan kedua-duanya telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk pemeriksaan kesihatan.
"Mangsa yang darjah tiga mengalami luka di bahagian kepala, bengkak dan lebam di bahagian kedua-dua belah pipi selain terdapat kesan lebam di bahagian belakang badan dipercayai akibat ditendang bapa tirinya manakala terdapat kesan parut lama di bahagian dahi adiknya," katanya.
Ahmad Shukri berkata pegawai perubatan yang menjalankan pemeriksaan ke atas kedua-dua beradik berkenaan mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami adalah akibat dipukul dan mereka kini ditempatkan di wad untuk pemantauan lanjut.
"Polis sedang mengesan bapa tiri mereka yang berumur 33 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 28 2022
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata perkara itu disedari guru kepada murid darjah tiga berkenaan pada Selasa lepas. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Borneo [19/04/2024] – Perubahan iklim | Kekurangan pakar perubatan | Dipercayai dibaham buaya
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Fauzi Zin
#AWANIBorneo 19 April 2024
- Abang Jo ke Poland kongsi pengalaman Sarawak urus perubahan iklim
- Sabah mahu autonomi kesihatan seperti Sarawak
- Usaha cari warga emas dipercayai dibaham buaya masih buntu
#AWANInews
#AWANIBorneo 19 April 2024
- Abang Jo ke Poland kongsi pengalaman Sarawak urus perubahan iklim
- Sabah mahu autonomi kesihatan seperti Sarawak
- Usaha cari warga emas dipercayai dibaham buaya masih buntu
#AWANInews
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Dua beradik maut, dua parah kemalangan dua kereta di Kota Tinggi
Dua beradik maut manakala dua lagi cedera parah termasuk seorang kanak-kanak lelaki lima tahun dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kota Tinggi.
Dua beradik bawah umur dipercayai dieksploitasi ibu diselamatkan JKM
Remaja lelaki berusia 13 dan 15 tahun dan masih bersekolah itu dipercayai mampu meraih pendapatan lumayan mencecah lebih RM10,000 sebulan.
Dua beradik didakwa membunuh
Jagdeeshraj dan Vasantharaj serta tiga lagi yang masih bebas didakwa membunuh Muhammad Syafiq Abd Latif pada 27 Okt 2023.
Dua beradik maut motosikal bertembung kereta dalam perjalanan ke sekolah
Dua beradik maut setelah motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke sekolah di kilometer (km) 45, Jalan Hutan Melintang-Bagan Datuk, hari ini.
Makmal dadah dalam gudang didalangi dua beradik tumpas
Polis menumpaskan sindiket pemprosesan dadah yang didalangi dua beradik dalam serbuan di sebuah gudang di Jelapang dekat sini pada Rabu.
Dua beradik melecur dalam kebakaran rumah
Dua beradik melecur pada bahagian tangan dan badan ketika cuba menyelamatkan diri selepas kediaman mereka terbakar.
Perahu dipukul ribut: Mayat nelayan kedua ditemui dalam lumpur
Mayat seorang lagi nelayan yang hilang ketika keluar ke laut untuk memukat udang ditemukan di kawasan berlumpur paya bakau di Kuala Kangkung, di sini hari ini.
Dua kanak-kanak lemas, seorang lelaki hilang di Pantai Bagan Lalang
Dua kanak-kanak perempuan lemas manakala seorang lelaki berusia lingkungan 30-an hilang ketika mandi di Pantai Bagan Lalang, Selangor, hari ini.
Tindakan pantas selamatkan dua beradik dalam kebakaran
Tindakan pantas dua beradik yang berlari keluar selepas menyedari kebakaran di bilik didiami telah menyelamatkan nyawa mereka dalam kebakaran di Flat Central Garden, Jelutong hari ini.
Dua beradik terlepas tali gantung kerana edar dadah
Dua adik beradik terlepas daripada hukuman gantung setelah Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan salah terhadap pertuduhan mengedar 986.10 gram dadah jenis kanabis, empat tahun lalu.