JOHOR BAHRU: Berpura-pura seperti pelanggan sebelum mengeluarkan parang dan mengugut pekerja di dua kedai serbaneka di Skudai di sini pada Khamis.
Itu modus operandi dua lelaki yang merupakan adik-beradik semasa melakukan samun di dua kedai serbaneka tersebut sebelum melarikan diri.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superitendan Fariz Ammar Abdullah, sebelum itu dua beradik berkenaan masuk ke kedai serbaneka tersebut dengan memakai topi keledar dan memilih barang bagi mengelak dicurigai.
"Apabila berada di kaunter seorang daripada suspek mengacukan parang yang disembunyikan dalam baju dan mengugut pekerja di kaunter supaya menyerahkan hasil jualan sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal yang ditunggang abang suspek.
"Bagi mengelak dikesan polis selepas melakukan jenayah tersebut, kedua-dua suspek yang berusia 33 dan 39 tahun akan menyembunyikan diri di rumah keluarga mereka di kawasan perumahan di Layang Layang, Kluang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Johor kemudian menubuhkan satu pasukan khas dan hasil risikan berjaya menahan dua suspek berkenaan pada Khamis.
Pihaknya turut merampas sebuah motosikal, topi keledar dan pakaian suspek semasa melakukan jenayah tersebut.
Fariz Ammar memberitahu, dua beradik tersebut merupakan penganggur serta mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah selain saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.
Menurutnya, kedua-dua suspek direman selama enam hari sehingga 7 Disember ini, kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun yang sama.
Jelas beliau, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan boleh didenda atau disebat manakala bagi kesalahan dadah disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 02 2022
Kedua-dua suspek direman selama enam hari sehingga 7 Disember ini. - Gambar hiasan
Bajir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
AWANI Pagi: Jom derma darah, jalankan tanggungjawab sosial anda
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham membincangkan mengenai kepentingan menderma darah khususnya untuk membantu mereka yang alami masalah darah disebabkan keturunan atau menghidapi kanser darah. Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara KKM, Dr Tun Maizura Mohd Fathullah mengajak masyarakat di luar sana tampil menyahut seruan murni ini.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Situasi terkini letusan Gunung Ruang di Sulawesi
Untuk berkongsi perkembangan terkini letusan Gunung Berapi Ruang, di talian secara Google Meet ialah Feri Ariyanto, komunikasi badan nasional pencarian dan pertolongan (Basarnas) Manado Sulawesi.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Banjir di Selangor menurun kepada 364 orang
Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Bekas banduan tidak serik, ditahan semula kerana menyamun
Suspek dibebaskan dari penjara Januari tahun lepas atas kesalahan samun dan dipercayai kembali aktif sebulan lepas.
Dua beradik pura-pura jadi pelanggan sebelum samun
Dua beradik tersebut merupakan penganggur serta mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Hukuman penjara ke atas penganggur samun kedai serbaneka dilanjutkan ke 12 tahun
Seorang penganggur yang bakal dibebaskan daripada tahanan minggu depan terpaksa berada di penjara lebih lama selepas Mahkamah Rayuan melanjutkan hukuman penjara lelaki itu.
Guna duit samun beli arak, makanan
Lelaki yang mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari di Bandar Puteri, Klang.