JOHOR BAHRU: Dua beranak antara tujuh individu ditahan selepas disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah dalam beberapa serbuan di sekitar bandar raya ini pada 3 dan 4 Nov lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata lelaki berusia 47 tahun yang dipercayai dalang sindiket itu dan anak lelakinya berusia 17 tahun ditahan secara berasingan bersama lima yang lain di sekitar Taman Pelangi, Ulu Tiram dan Pelangi Indah, di sini.
"Kesemua tujuh individu itu merupakan warga tempatan yang terdiri daripada empat lelaki, seorang remaja lelaki dan dua remaja perempuan berusia antara 17 hingga 47 tahun.
"Polis turut merampas 216 kilogram ganja bernilai RM540,257, 13.11 gram ketamin bernilai RM1,966 dan 30 biji pil ekstasi bernilai RM450 dengan keseluruhan rampasan dadah berjumlah RM542,674," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata modus operandi sindiket itu adalah mendapatkan bekalan dadah dari negeri utara dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Menurut Kamarul Zaman, sindiket yang dipercayai aktif sejak Ogos lepas itu didapati menyewa dua rumah dengan satu daripadanya dijadikan stor penyimpanan dadah manakala aktiviti pembungkusan dilakukan di pangsapuri sebelum dadah diedar di negeri ini.
Beliau berkata selain dadah, polis turut menyita dua kereta, sebuah motosikal dan wang tunai RM5,000.
Katanya hasil saringan air kencing mendapati enam daripada mereka positif terhadap dadah jenis THC dan methamphetamine manakala seorang daripada mereka juga mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.
Kesemuanya kini direman hingga 11 Nov ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 07 2022
Kamarul Zaman berkata lelaki berusia 47 tahun yang dipercayai dalang sindiket itu dan anak lelakinya berusia 17 tahun ditahan secara berasingan. - Gambar fail
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Dua beranak maut nahas di Bandar Baharu
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Alphard yang dipandu mangsa memasuki laluan bertentangan dan bergesel dengan lori.
Lady, Grouse bantu cari dua beranak dikhuatiri lemas ketika menjala
'Lady' dan 'Grouse' daripada jenis Labrador Retriever serta English Springer Spaniel sebelum ini pernah terlibat dalam operasi tragedi tanah runtuh Batang Kali di Selangor.
Lima termasuk dua beranak didakwa edar 24.2 kg dadah
Lima individu termasuk dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan mengedar 24.2 kilogram (kg) dadah pada awal Januari 2024.
Dua beranak hidup dalam sampah, najis: Opah sudah terbela, nasib Erwan jadi tanda tanya
Erwan bertegas untuk terus duduk di rumah sama kerana terlalu sayangkan kucing-kucing yang menjadi teman setianya sejak dulu.
JKM salur bantuan segera kepada dua beranak hidup dalam sampah, najis di Ipoh
Skim Bantuan Am Negeri berjumlah RM400 akan diberikan kepada Erwan Dahari, serta skim Bantuan Warga Emas RM500 kepada ibunya Miram Kadir.
Derita dua beranak hidup dalam sampah, najis
Selama tujuh tahun, Erwan dan ibunya tinggal Flat Taman Silibin dalam persekitaran yang terlalu daif, kotor dan tidak sihat.
Luang masa lapang beri bantuan percuma kepada pengguna Jalan Raya Timur Barat
Dua beranak kendalikan lebih 20 kerja menyelamat antaranya melibatkan kemalangan, tayar pancit dan pokok tumbang di sepanjang laluan.
Kereta dihempap pokok tumbang, dua cedera ringan
Dua beranak berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Laluan Lapangan Permata 1, Taman Song Choon hari ini.
Dua beranak bebas tuduhan edar dadah, terlepas tali gantung
Dua beranak dibebaskan daripada pertuduhan mengedar 280.7 gram dadah jenis kanabis, oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh hari ini.
Dua beranak antara tujuh ditahan edar dadah
Dua beranak antara tujuh individu ditahan selepas disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah dalam beberapa serbuan di sekitar bandar raya ini pada 3 dan 4 Nov lepas.