awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beranak maut dalam kemalangan di LPT2 selepas tonton Piala Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
18/10/2015
02:11 MYT
Dua beranak maut dalam kemalangan di LPT2 selepas tonton Piala Malaysia
Kemalangan berlaku di susur masuk berhampiran Plaza Tol Cheneh , Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2 ) kira kira jam 11:15 malam tadi. - Gambar Hiasan
Tidak pun sampai seminggu, satu lagi kemalangan maut berlaku di Lebuhraya Pantai Timur Dua, LPT2.
Kali ini dua sekeluarga maut manakala dua lagi cedera apabila kenderaan yang dinaiki empat sekeluarga terbabas lalu merempuh pembahagi jalan.
Kemalangan berlaku di susur masuk berhampiran Plaza Tol Cheneh, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) kira kira jam 11:15 malam tadi.
Keluarga berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang ke Felda Neram 2, Bandar Baru Cheneh selepas menonton perlawanan bola sepak Piala Malaysia di rumah adik ipar mereka di kampung Ibok, Kemaman.
Hasan Abd Wahab, 53, dan Hanis Sazwani Hasan, 21, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Manakala isterinya Sarimah Abdul Gulam , 53, dan anak bongsunya Anis Sazli Zaitun Hasan ,14, cedera di muka dan badan.
Sementara itu, adik ipar mangsa, Mohd Amin Gulam, 46, berkata keluarga tersebut meninggalkan rumahnya kira-kira jam 11.10 minit malam.
Kenderaan jenis Proton Wira berkenaan terbabas lalu merempuh pembahagi jalan ketika melalui susur masuk ke Plaza Tol Cheneh.
Sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh yang menerima laporan jam 11.30 malam mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan dua mangsa yang maut.
Manakala dua yang cedera berjaya dikeluarkan dari kenderaan berkenaan.
Mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.
Manakala dua yang cedera dihantar ke unit kecemasan hospital yang sama dan dilaporkan stabil.
Rabu lalu enam sekeluaga maut selepas kereta dinaiki terbabas lalu terperosok di bawah sebuah lori treler di lebuh raya sama berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Perasing Kemaman.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#LPT2
#proton wira
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan