awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beranak maut, tiga parah, kereta terjunam dalam longkang

Astro Awani
Astro Awani
21/06/2020
02:20 MYT
Dua beranak maut, tiga parah, kereta terjunam dalam longkang
Keadaan kereta dinaiki semua mangsa yang terbalik di dalam longkang besar di Bertam, malam Sabtu.
Hasrat menziarahi keluarga tidak kesampaian apabila dua beranak maut, manakala tiga lagi parah dalam kemalangan di Kilometer 119 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di Bertam, Kepala Batas, malam Sabtu.
Dalam kejadian jam 10.45 malam itu, kereta dinaiki keluarga itu dalam perjalanan dari Taiping menunju ke Sungai Petani, sebelum terbabas dan terbalik ke dalam longkang sedalam empat meter.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata Muhammad Ruszamil Mohd Fazil, 20, yang memandu kereta dan ibunya Rusnah Osman, 60, meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, dua lagi anak Rusnah berusia 36 dan 30 tahun serta cucunya berusia dua tahun, pula mengalamai kecederaan parah.
"Siasatan awal mendapati, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dinaiki telah hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri lebuh raya lalu terjunam ke dalam longkang besar.
"Kelima-lima penumpang kenderaan tersebut terperangkap dengan dua daripada mereka berjaya diselamatkan oleh pengguna jalan raya.
"Tiga lagi mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh pasukan bomba yang mengambil masa kira-kira 40 minit," katanya di sini, pada Ahad.
Norzainy berkata, sebaik dikeluarkan pasukan perubatan mendapati dua beranak itu telah meninggal dunia.
Katanya, dua lagi mangsa lelaki dewasa cedera pada kaki manakala kanak-kanak berusia dua tahun mengalami pendarahan otak dengan semua mereka sedang dirawat di hospital.
Norzainy berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan saksi yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#bertam
#dua beranak
#kemalangan
#Kepala Batas
#lebuh raya
#longkang
#maut
#parah
#pulau pinang
#terjunam
#tiga cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan