GERIK: Tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kes kebakaran pondok di sebuah dusun di Kampung Air Tarung, Jalan Air Ganda di sini hari ini, yang mengorbankan dua beranak.
Ketua Polis Daerah Gerik Superintenden Zulkifli Mahmood berkata melalui keterangan saksi yang merupakan suami dan bapa mangsa, kebakaran dipercayai bermula di bahagian dapur pondok berkenaan pada kira-kira 4 pagi.
"Saksi juga cuba menyelamatkan kedua-dua mangsa tetapi tidak berupaya sebelum meminta bantuan daripada penduduk berhampiran.
"Hasil siasatan yang dijalankan di lokasi kejadian turut mendapati pondok tersebut jauh dari jalan utama dan merupakan laluan tanah merah untuk ke kawasan kebun," katanya menerusi satu kenyataan di sini.
Zulkifli berkata hasil bedah siasat oleh pihak perubatan Hospital Gerik juga mengesahkan kematian kedua-dua mangsa disebabkan kecederaan akibat kebakaran, selain diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
"Pemeriksaan lanjut pada tubuh mangsa juga tidak menemui sebarang kecederaan lain. Jenazah kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian," katanya.
Dalam kejadian pada awal pagi tadi itu, mangsa Rahmah Zainon, 76, ditemukan rentung bersama anak perempuannya, Razilawati Mohamad, 43, yang cacat penglihatan dalam kebakaran sebuah pondok di dusun buah-buahan.
Turut berada di dalam pondok ketika kejadian, suami yang juga bapa mangsa, Mohamad Abd Latif, 84.
Sementara itu, anak Allahyarham Rahmah, Saudin Mohamad, 37, ketika ditemui media di Unit Forensik Hospital Gerik berkata mereka sekeluarga lebih 30 tahun berulang-alik dari kampung di Kuala Ketil, Kedah ke pondok dalam dusun milik keluarga itu yang ditanam durian dan buah-buahan lain.
Menurut anak bongsu daripada lapan beradik itu, minggu lepas mereka sekeluarga baru berkumpul di pondok tersebut sebelum dia dan adik beradik lain pulang semula ke Kuala Ketil, manakala bapa, ibu serta kakaknya yang merupakan anak keenam mengambil keputusan untuk tinggal lebih lama.
"Kakak memang paling rapat dengan ibu dan ayah, ke mana-mana kakak memang selalu bersama mereka. Ibu pula menyatakan dia mahu tinggal lebih lama di rumah dusun itu kerana berasa tenang di situ," katanya yang hanya mengetahui mengenai kematian ibu dan kakaknya sebaik tiba dari Kuala Ketil pagi ini.
Menceritakan mengenai kejadian itu, Saudin berkata dia difahamkan bapanya cuba memadamkan api yang disyaki berpunca daripada jerangan air, tetapi telah terlambat kerana api marak terlalu cepat menyambar pondok kayu itu.
Dia berkata jenazah ibu dan kakaknya akan dibawa balik ke Kuala Ketil untuk dikebumikan selepas proses bedah siasat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 01 2024
Melalui keterangan saksi yang merupakan suami dan bapa mangsa, kebakaran dipercayai bermula di bahagian dapur pondok berkenaan. - Foto: Sinar Harian
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Dua beranak rentung: Tiada unsur jenayah dikesan - Polis
Melalui keterangan saksi yang merupakan suami dan bapa mangsa, kebakaran dipercayai bermula di bahagian dapur pondok berkenaan.
Bapa, anak berusia tiga tahun rentung dalam kemalangan
Dua beranak termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun rentung dalam kemalangan selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan terbakar di Bertam, Kepala Batas.