NATIONAL
Bapa, anak berusia tiga tahun rentung dalam kemalangan

Beginilah keadaan kenderaan keluarga mendiang Yeap Boon Kwan yang rentung dalam kebakaran di Bertam, Kepala Batas.
Dua beranak rentung dalam kemalangan selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan terbakar di Kilometer 119 arah utara Lebuhraya Plus dekat Bertam, Kepala Batas pada pagi Jumaat.
Manakala seorang lagi mangsa iaitu isteri Boon Kwan yang berusia 29 tahun dapat menyelamatkan diri.
Difahamkan keluarga itu sedang dalam perjalanan ke Sungai Petani, Kedah
Setiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sehingga terbabas dan melanggar panghadang jalan lalu terbakar.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.58 pagi.
Sejurus tiba di lokasi, pihaknya mendapati kenderaan jenis Toyota Alphard sedang terbakar selepas melanggar penghadang jalanraya.
Anggota bomba mengesan dua mayat rentung keseluruhan badan dalam kenderaan selepas api berjaya dipadamkan.
Mayat serta mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kepala Batas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami