awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beruang matahari 'sesat' dalam kebun

Sinar Harian
Sinar Harian
09/04/2025
05:40 MYT
Dua beruang matahari 'sesat' dalam kebun
Kelibat beruang matahari dikesan berkeliaran di sebuah kebun di Rancangan Tanah Belia 2, Sungai Panjang di sini pada Isnin. -Sinar Harian
SHAH ALAM: Penduduk di Rancangan Tanah Belia 2, Sungai Panjang di sini, dikejutkan dengan kemunculan dua beruang matahari yang dilihat berkeliaran di kawasan kebun pada Isnin.

Ringkasan AI
  • Penduduk di Rancangan Tanah Belia 2, Sungai Panjang dikejutkan dengan kemunculan dua beruang matahari yang berkeliaran di kawasan kebun pada Isnin.
  • Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor telah menghantar pasukan untuk menjalankan pemantauan lanjut dan memastikan keselamatan penduduk.
  • Orang awam dinasihatkan agar tidak mendekati atau cuba menghalau sendiri haiwan liar yang ditemui bagi mengelakkan insiden tidak diingini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, penemuan beruang itu diterima pihaknya menerusi rakaman video yang dimuat naik penduduk.
Menurut beliau, video itu didapati dirakam pada Isnin lalu yang menunjukkan dua ekor beruang matahari berkeliaran di kebun berdekatan rumah penduduk.
“Temu bual dengan penduduk mendapati ini adalah kejadian pertama seumpamanya berlaku di kawasan tersebut,” katanya.
Menurut beliau, susulan laporan itu, sepasukan anggota Perhilitan dari Sabak Bernam digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemantauan lanjut.
"Kita akan terus membuat rondaan berkala bagi memastikan tahap keselamatan penduduk dan mengenal pasti sama ada haiwan itu masih berada di kawasan sama,” tambah beliau.
Beliau turut menasihatkan orang awam agar tidak mendekati atau cuba menghalau sendiri haiwan liar yang ditemui bagi mengelakkan insiden tidak diingini.
Sehubungan itu, katanya, sebarang maklumat berkaitan penemuan hidupan liar boleh disalurkan terus ke Hotline Perhilitan di talian 1-800-88-5151 atau melalui laman web rasmi www.wildlife.gov.my.
Kejadian itu mula menarik perhatian selepas satu video tular memaparkan haiwan liar itu berkeliaran di kampung tersebut. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
#Rancangan Tanah Belia 2 Sungai Panjang
#beruang matahari
#kawasan kebun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan