Dua buah rumah musnah dalam kebakaran di Kondo Rakyat, Jalan Pantai Murni 2, Pantai Dalam, ibu negara pada Jumaat.

Kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.35 tengahari.

"Seramai 45 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, Hang Tuah, Seputeh dan Sri Hartamas digerakkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan dua buah rumah di tingkat 19 berkeluasan 800 kaki persegi. Sebuah rumah mengalami kebakaran 90 peratus manakala sebuah lagi 50 peratus.

"Api berjaya dikawal pada dipadamkan pada 1.31 petang," kata kenyataan itu lagi.

Tambah kenyataan itu, tiada mangsa yang terlibat dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Salah satu unit di tingkat 19 Kondo Rakyat Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang mengalami kebakaran.