KOTA KINABALU: Dua cedera selepas dipercayai terjatuh dari permainan fun fair (pesta ria) di Likas di sini malam tadi.
Dua video kejadian itu turut tular melalui aplikasi WhatsApp mengatakan mangsa jatuh dari permainan 'sotong.'
Pasukan bomba difahamkan telah menerima panggilan berhubung kejadian itu dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dikejar ke lokasi kejadian.
Dalam pada itu, polis Kota Kinabalu mengesahkan kejadian tersebut.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan mangsa hanya cedera dan kejadian itu tidak melibatkan kematian.
"Ya, seorang lelaki dan wanita cedera namun tiada yang meninggal dunia," katanya melalui WhatsApp pada malam tadi.
Sebelum itu, tular dua video masing-masing berdurasi enam dan 15 saat memaparkan kejadian dua pengunjung cedera dipercayai terjatuh dari permainan 'sotong'.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.58 malam dan sepasukan anggota dikejar ke lokasi.
"Menurut laporan, kejadian melibatkan mangsa terjatuh dari permainan di fun fair.
"Mangsa Junaidah Tarasan, 29, mengalami kecederaan di bahagian kepala telah diberikan rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth menggunakan jentera EMRS bomba," katanya.
Ordine berkata, operasi kemudian ditamatkan pada jam 9.40 malam. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 06 2024
Mangsa dipercayai terjatuh dari permainan 'sotong' ini. - Foto Sinar Harian
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Dua cedera terjatuh dari permainan fun fair
Dua video kejadian itu turut tular melalui aplikasi WhatsApp mengatakan mangsa jatuh dari permainan 'sotong.'