Dua individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang di sini hari ini secara berasingan atas tuduhan terlibat dengan aktiviti keganasan sejak 2014 dengan menyertai kumpulan Daish di Syria.
Pertuduhan terhadap kedua-dua mereka dibacakan di hadapan Hakim Saiful Akmal Md Said dan Tengku Shahrizan Tuan Lah.
Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Naim Zaid dan Azmer Ramlan dengan niat dari Malaysia telah pergi ke Syria melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk melakukan perbuatan pengganas pada Julai 2014 dan Mac 2015.
Kesalahan dilakukan dibawah Seksyen 130JA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan pada prosiding hari ini selepas Timbalan Pendakwa Raya Low Qin Hui meminta tarikh baru untuk sebutan semula kes bagi mengemukakan dokumen imigresen dan syarikat penerbangan.
10 Januari tahun depan kemudiannya ditetapkan untuk sebutan semula kes membabitkan Azmer.
Manakala bagi kes membabitkan Ahmad Naim ditetapkan 20 Januari tahun depan.
Kedua-dua tertuduh ditangkap sejurus tiba di KLIA Sepang, Selangor selepas diusir dari Syria pada 22 November lalu oleh Bahagian E8 (M) Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman.
Astro Awani
Tue Dec 17 2019

Tiada pengakuan direkodkan dari tertuduh pada prosiding hari ini. - Foto Astro AWANI

COVID-19: Lapan kematian baharu, ini 5 tumpuan kenyataan media Dr Noor Hisham
Sebanyak 2,195 kes baharu COVID-19 direkodkan, jumlah kes keseluruhan kini 375,054 kes.

PKPD dilanjut, 131 individu dikompaun... ini 5 tumpuan kenyataan media PKP
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima kawasan di Besut, Terengganu dilanjutkan sehingga 27 April, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kebanyakan negara hadapi masalah kewangan, defisit - Mustapa
Bagaimanapun, nisbah defisit daripada KDNK Malaysia iaitu enam peratus merupakan antara terendah berbanding negara-negara lain.

158 individu ditahan ingkar SOP PKP - Ismail Sabri
Seramai 158 individu ditahan pada Sabtu atas kesalahan ingar prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara.

SOP haji lengkap akan diserah kepada MKN, KKM - Zulkifli
Setakat ini, Arab Saudi masih belum membuat sebarang keputusan mengenai ibadah haji dan umrah musim ini.

Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan dikenakan PKPD tengah malam ini
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan bermula tengah malam ini sehingga 2 Mei depan.

18 April 2021: Fokus Minggu Depan
#FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara. Kami senaraikan antara perkara yang akan berlaku sepanjang minggu depan.

PKPD di 5 kawasan di Besut dilanjut sehingga 27 April - Ismail Sabri
Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima kawasan di Besut Terengganu bermula 21 sehingga 27 April depan.

Pengetua SMK Dato' Bentara Luar mohon maaf asingkan sukan ikut kaum
Pengetua SMK Dato Bentara Luar mengakui, pihaknya terlepas pandang isu perkauman dalam maklumat yang diedarkan kepada semua pelajar.

18 Puasa di Kampong Pisang | RM1 juta dalam 3 hari
Filem 18 Puasa di Kampong Pisang arahan sutradara tersohor, Mamat Khalid berjaya meraih kutipan sejuta ringgit hanya dalam tempoh tiga hari ia ditayangkan. Watak Barkoba lakonan Bell Ngasri juga dilihat telah tular menerusi hasil ‘meme’ di media sosial ketika bulan Ramadan berikutan karakternya yang tidak berpuasa dan sinonim dengan ‘beg hitam’.

Dua dituduh terbabit aktiviti keganasan, Daish di Syria
Dua individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang atas tuduhan terlibat dengan aktiviti keganasan sejak 2014 dengan menyertai kumpulan Daish di Syria.