Dua lelaki etnik Rohingya hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas masing-masing mengaku bersalah atas tuduhan menyeludup seorang migran Myanmar ke Malaysia tahun lepas.
Momontin @ Dus Mohamad, 18, dan Shahidullah@Syahidullah, 19, yang merupakan ejen sindiket penyeludupan manusia membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Pesuruhjaya Kehakiman Abu Bakar Katar memerintahkan hukuman bermula dari tarikh mereka ditangkap oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) pada 2 Mei lepas.
Mereka dituduh menyeludup migran Mohd Belai, 15, antara Ogos 2014 dan 10 Mac 2015 dan mereka didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan, kesemua tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.
Mengikut fakta kes, Mohd Belai dijanjikan pekerjaan di Malaysia oleh kedua-dua ejen itu dan bersetuju menguruskan perjalanannya ke Malaysia dengan bot kecil ke Jasikala, Myanmar yang mengambil masa lapan jam.
Mohd Belai yang tidak mempunyai dokumen perjalanan bersama 700 migran lain dibawa pula dengan bot besar dari Jasikala, dan belayar selama satu bulan untuk sampai di Pulau Phuket, Thailand.
Beliau bersama 100 migran kemudian menaiki bot kecil melalui sungai dan juga pikap ke Palu, Thailand.
Dari Palu, mereka diarah berjalan kaki dengan membawa 10 kilogram beras ke dalam hutan ke sebuah kem di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Padang Besar yang mengambil masa hampir 13 jam.
Mohd Belai berkata ejen Rohingya memberitahu hanya migran yang membayar RM7,000 sahaja akan dibawa memasuki Malaysia dan yang tidak mampu bayar akan terus tinggal di kem.
Katanya sepanjang berada di kem tersebut antara Ogos 2014 hingga 10 Mac 2015, beliau melihat ada migran mati akibat sakit atau dipukul. Migran yang mati ditanam di kawasan kem yang dikawal ejen-ejen Myanmar dan Thailand termasuk kedua-dua tertuduh.
Kem tersebut diserbu polis Malaysia pada 10 Mac tahun lepas namun pengawal sindiket melarikan diri dan hanya tinggal 90 migran. Mohd Belai dan enam migran berjaya meloloskan diri.
Mereka bagaimanapun ditangkap pada awal pagi hari berikutnya oleh polis di Kampung Guar Musang, Padang Besar semasa menaiki dua kereta ejen tempatan menuju Alor Setar.
Dalam penghakimannya, Abu Bakar berkata penyeludupan migran menarik perhatian dunia. Hukuman yang dikenakan adalah wajar walaupun kedua-dua tertuduh masih di bawah umur semasa melakukan kesalahan tersebut.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz memohon hukuman setimpal dikenakan kerana kedua-dua tertuduh tidak mempunyai bukti bahawa mereka di bawah umur.
Bernama
Fri Aug 19 2016
Mereka dituduh menyeludup migran Mohd Belai, 15, antara Ogos 2014 dan 10 Mac 2015 dan mereka didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Kes bunuh 3 beranak: Seorang lagi anak suspek trauma, bawah jagaan JKM
Kanak-kanak lelaki etnik Rohingya yang ditemui selamat dalam kes pembunuhan ibu dan dua kakaknya akan ditempatkan di satu tempat selamat di bawah jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Etnik Rohingya hanya perlu peluang pendidikan untuk bangun komuniti
Bukan hak kerakyatan serta hak kebebasan lain yang dipinta, tetapi hanya cukup diberi peluang untuk menimba ilmu untuk bangunkan komuniti.
Komuniti antarabangsa perlu pantau, pastikan Rohingya selamat di negara asal
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan perkara itu dalam Sesi Pemukiman Sidang Kemuncak ASEAN Ke-34 di Bangkok hari ini.
Etnik Islam Rohingya perlu diiktiraf sebagai komuniti dalam ASEAN - Mapim
Kaum minoriti paling tertindas di dunia itu juga menetap dalam wilayah ASEAN sejak berdekad-dekad lamanya.
Sebak apabila keluarga Rohingya hadiahkan doktor Malaysia dengan sebotol air mineral
Menerima sebotol air mineral 500ml sebagai tanda terima kasih daripada seorang bapa dan menyambut kelahiran sepasang bayi kembar lelaki merupakan antara pengalaman menyentuh hati.
Utamakan warga tempatan sebelum ambil Rohingya bekerja - MTUC
Kerajaan harus mengambil kira segenap aspek sekiranya mahu menimbangkan cadangan tersebut supaya tidak wujud diskriminasi kepada warga tempatan.