awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki warga emas meninggal dunia ketika terima rawatan akibat dipukul
ICC beri lampu hijau perbicaraan bekas Presiden Filipina
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua hektar hutan berhampiran Plaza Tol Denai Alam terbakar

Bernama
Bernama
26/01/2026
14:26 MYT
Dua hektar hutan berhampiran Plaza Tol Denai Alam terbakar
Kesemua pegawai dan anggota telah bergegas ke tempat kejadian bersama sebuah jentera serta tangki air dan tiba di lokasi kejadian pada 1.22 tengah hari.
SHAH ALAM: Kawasan hutan seluas kira-kira dua hektar berhampiran Plaza Tol Denai Alam, Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) di sini terbakar tengah hari tadi
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.58 tengah hari sebelum lapan orang pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dikerah ke tempat kejadian.
"Kesemua pegawai dan anggota telah bergegas ke tempat kejadian bersama sebuah jentera serta tangki air dan tiba di lokasi kejadian pada 1.22 tengah hari.
"Setibanya di lokasi, kebakaran itu melibatkan hutan dianggar seluas dua hektar dan api berjaya dikawal pada 3.40 petang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata setakat 5 petang tadi, kerja-kerja pemadaman masih dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dua hektar hutan
#Plaza Tol Denai Alam
#terbakar
#lebuhraya dash
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami