awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua individu cedera dihempap pokok

Sinar Harian
Sinar Harian
17/09/2021
21:48 MYT
Dua individu cedera dihempap pokok
Keadaan rumah mangsa selepas dihempap pokok di Lorong Haji Rahmat, Taman Sri Tanjung, di Semenyih, pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
SEMENYIH: Dua individu didakwa suami isteri dipercayai cedera selepas rumah mereka dihempap sebatang pokok dalam kejadian di Lorong Haji Rahmat, Taman Sri Tanjung, di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, kedua-dua mangsa dikejarkan ke hospital kerana cedera di bahagian kepala oleh orang awam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.14 malam.
Beliau memaklumkan, seramai tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dan BBP Semenyih dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Penghuni rumah itu dilaporkan cedera di bahagian kepala dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum anggota bomba tiba.
"Setakat ini, kami masih belum mendapat identiti individu terbabit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Semenyih
#cedera
#Norazam Khamis
#rumah dihempap pokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan