JOHOR BAHRU: Dua individu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan rangka mayat seorang wanita yang telah reput ditemukan di dalam sebuah bagasi di kios perhentian bas terbiar berhadapan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kulai, pada 12 April lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata individu terlibat ialah pemberi maklumat mengenai penemuan mayat tersebut dan yang membuat laporan polis.
"Kita masih menunggu keputusan daripada pihak hospital dan mungkin ia memerlukan masa. Masih belum dapat 'petunjuk' yang memudahkan siasatan.
"Melainkan tiada kesan suntikan bacillus calmette-guerin (BCG) ditemukan pada mayat yang memungkinkan mangsa adalah warga asing, namun itu pun belum tentu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor 2023 di sini malam tadi.
Pada 13 April lepas, Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow dilapor berkata wanita berkenaan dianggarkan berusia 25 tahun ke atas dan telah meninggal dunia sejak dua minggu lepas, selain terdapat kecederaan di kepala.
Sementara itu, Kamarul Zaman berkata kira-kira 8,000 pegawai dan anggota polis Johor akan bertugas sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri termasuk di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri.
Beliau berkata penugasan polis sempena Aidilfitri ini melibatkan kawalan dan pemantauan di kawasan 'hotspot' berlaku kesesakan dan kemalangan termasuk di 24 sekatan jalan raya (SJR) di sebelah malam.
"Seramai 326 anggota ditempatkan di BSI, manakala 30 anggota di KSAB. Di KSAB jumlah anggota tidak ramai kerana keadaan di situ tidak terlalu sesak.
"Kita juga bekerjasama dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah untuk meletakkan satu team cross di setiap daerah supaya boleh bertindak jika sesuatu berlaku tidak kira kemalangan, pecah rumah atau samun, jadi team ini akan digerakkan 24 jam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2023
Rangka mayat seorang wanita ditemukan dalam sebuah bagasi di sebuah hentian bas di hadapan bangunan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kulai pada Selasa. -Gambar fail/Bernama
UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia
UTM berada pada kedudukan ke-85 tahun ini berbanding ke-161 tahun sebelumnya dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education 2024.
Raja Salman undang 1,000 warga Palestin tunaikan haji
Raja Arab Saudi undang 1,000 jemaah daripada keluarga syahid, tahanan dan rakyat Palestin yang cedera untuk menunaikan haji tahun ini.
PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
FAM tarik nafas lega, tingkat fokus majukan landskap bola sepak negara
FAM kini memberikan tumpuan memajukan landskap bola sepak negara selepas dua dakwaan salah guna kuasa diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM di Amsterdam
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang semalam di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Tiga lagi kakitangan Kastam didakwa rasuah kes lori lolos pemeriksaan di KLIA
Mereka yang bertugas di JKDM KLIA, didakwa memperoleh untuk diri sendiri, suapan mengikut jumlah berkenaan, daripada seorang pemilik syarikat berusia 38 tahun.
Lelaki melecur ketika cuba selamatkan kereta Honda dalam kebakaran
Seorang lelaki melecur tahap dua semasa cuba menyelamatkan kereta jenis Honda FD miliknya yang terbakar di Kampung Wakaf Lichong di sini pada Khamis.
Angin kuat sehingga pesawat di pakir landasan bergerak
Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan di Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan berkata subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
AWANI Ringkas: Bekas Presiden PPOC mengaku salah pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua individu dipanggil berhubung kes rangka wanita ditemukan dalam bagasi
Individu terlibat ialah pemberi maklumat mengenai penemuan mayat tersebut dan yang membuat laporan polis.