KAJANG: Dua individu maut setelah kereta dinaiki dirempuh sebuah lori dipercayai mengalami masalah brek berdekatan persimpangan lampu isyarat Medan Masria di susur keluar Lebuhraya Grand Saga semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang melibatkan kereta dinaiki kedua-dua mangsa serta tiga kenderaan lain di lokasi kejadian.
"Ketika kejadian lori berkenaan dalam perjalanan dari arah Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) menghala ke Plaza Tol Batu 9, Kajang.
"Lori yang dipandu seorang lelaki tempatan itu kemudiannya dipercayai mengalami masalah brek dan melanggar empat buah kenderaan sebelum terbabas ke lereng bukit berdekatan," katanya menerusi kenyataan semalam.
Katanya, mangsa yang maut melibatkan penumpang dan pemandu salah sebuah kenderaan yang dirempuh lori terbabit.
"Dua mangsa yang maut masing-masing merupakan seorang lelaki dan wanita warga tempatan berumur 50 dan 60 tahun.
"Mangsa lelaki disahkan maut di tempat kejadian manakala mangsa wanita meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital," katanya.
Menurutnya, tiga lagi pemandu kenderaan lain yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Bagaimanapun pemandu lori berkenaan disahkan mengalami cedera ringan.
"Pemandu lori berumur 40 tahun itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Mohd Zaid berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.
"Info berkaitan kejadian boleh disalurkan dengan menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat Inspektor Narolhisyam Endi di talian 019-5897115 bagi membantu siasatan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 08 2024
Lori terlibat dipercayai mengalami masalah brek sebelum merempuh empat kenderaan berdekatan persimpangan lampu isyarat Medan Masria di susur keluar Lebuhraya Grand Saga pada Rabu. - Foto Sinar Harian
Pecah amanah: JSJK dedah dua kes baharu oleh firma guaman, pelanggan rugi RM8 juta
JSJK mendedahkan dua kes terbaharu membabitkan jenayah pecah amanah oleh firma guaman melibatkan kerugian wang pelanggan berjumlah RM8 juta.
Bersatu hantar surat kepada semua Ahli Parlimen, ADUN
Parti Pribumi Bersatu Malaysia sudah menghantar surat arahan bertulis majlis pimpinan tertinggi parti kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri parti itu.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, surat itu mengandungi lima perkara utama bagi mengingatkan ahli parti tentang tanggungjawab mereka di bawah perlembagaan Bersatu.
Enam ahli Bersatu yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk mengakui menerima dan mengesahkan pematuhan semua arahan yang dilampirkan bersama surat khusus yang dihantar kepada mereka.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, surat itu mengandungi lima perkara utama bagi mengingatkan ahli parti tentang tanggungjawab mereka di bawah perlembagaan Bersatu.
Enam ahli Bersatu yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk mengakui menerima dan mengesahkan pematuhan semua arahan yang dilampirkan bersama surat khusus yang dihantar kepada mereka.
Baling bom petrol di pusat hiburan: dua lagi lelaki didakwa
Peguam M.V. Yoges yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan Muhammad Hasan mempunyai tanggungan enam orang anak serta isteri yang menghidap asma serta ibu mentua yang sakit tua
[TERKINI] Tujuh individu termasuk ahli keluarga direman pada Sabtu
Tujuh individu yang ditahan berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru akan dibawa ke Mahkamah Majistret pada Sabtu bagi mendapatkan perintah reman.
TPM Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia di Bali
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia kali ke-10 di Bali dari 18 hingga 21 Mei atas jemputan Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu
Kazakhstan bersetuju memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk meneroka pelbagai bidang di negara Asia Tengah itu termasuk perlombongan dan tenaga boleh baharu.
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
Dua individu maut dirempuh lori
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang melibatkan kereta dinaiki kedua-dua mangsa serta tiga kenderaan lain di lokasi kejadian.