MELAKA: Tiga individu termasuk wanita warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi tujuan penukaran hak milik tanah di Mukim Kelemak, Alor Gajah secara tidak sah sejak Julai 2022.
Tertuduh, Ayob Osman, 63, yang juga penulis petisyen dan Norshaliza Said, 41, yang masing-masing berdepan empat dan dua pertuduhan mengaku bersalah manakala Aminah Talip, 63, yang berdepan dua pertuduhan mengaku tidak bersalah.
Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dengan curang menggunakan dokumen cagaran berharga palsu sebagai tulen, iaitu Borang 14A Kanun Tanah Negara bagi tujuan pindah milik tanah asal milik Aminah Jaudin yang sudah meninggal dunia, di satu lot tanah No Hakmilik GMM 1495, Lot 7504, Mukim Kelemak.
Ayob dan Aminah turut didakwa bersama-sama menggunakan dokumen palsu Akuan Berkanun Aminah Talib yang mengikrarkan Aminah Talip adalah Aminah Jaudin.
Sementara itu, Ayob bersama seorang lagi yang telah meninggal dunia turut didakwa atas kesalahan mengikrarkan bahawa Md Yusof Bujang adalah waris sah kepada Aminah Jaudin.
Kesemua kesalahan itu dilakukan di Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah pada 28 Julai 2022 dan 19 Jan lepas dan didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 467 kanun sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Ayob dan Norshaliza secara berasingan turut didakwa di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 467 kanun sama kerana menggunakan dokumen palsu sebagai tulen selepas melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah dan Lembaga Hasil Dalam Negeri cawangan MITC Melaka pada 27 Julai 2022 dan 31 Jan 2023.
Prosiding pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 ke atas Aminah manakala dua lagi tertuduh, tiada jaminan ditawarkan kerana mengaku bersalah.
Ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.
Hakim Mohd Sabri menetapkan jaminan RM14,000 ke atas Aminah bagi dua pertuduhan yang dihadapinya serta 9 Jan depan untuk sebutan semula kes bagi fakta dan hukuman.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2023
Hakim Mohd Sabri menetapkan jaminan RM14,000 ke atas Aminah bagi dua pertuduhan yang dihadapinya serta 9 Jan depan untuk sebutan semula kes bagi fakta dan hukuman. - Gambar hiasan
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Samun 'lone ranger' ... duda anak satu ke tirai besi
Tindakan berani seorang duda satu anak melakukan samun bersenjata di enam kedai serbaneka seorang diri membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan 12 sebatan di Ayer Keroh.