TAMPIN: Dua individu yang ditahan polis susulan tindakan mereka melarikan diri dan meninggalkan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun selepas terbabit dalam nahas di Jalan Sungai Kelamah, Jelai, Gemas, dekat sini, pada Ahad lepas disahkan bukan pasangan suami isteri.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab berkata lelaki itu berusia 30 tahun manakala wanita yang berusia 27 tahun itu merupakan ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia dua tahun berkenaan yang menaiki kereta Proton Iswara pada hari kejadian.
"Kanak-kanak itu tercampak di tengah jalan dan digilis oleh sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti akibat kemalangan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata pasangan tersebut positif dadah menerusi ujian air kencing, selain lelaki itu turut mempunyai rekod jenayah lampau termasuk 14 kesalahan narkotik manakala wanita tersebut mempunyai satu rekod kesalahan narkotik.
Katanya lelaki berkenaan direman selama empat hari bermula Isnin lepas di Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1985 sehingga esok manakala bagi kesalahan mencuri kenderaan pula reman akan dimohon esok manakala wanita itu pula hanya dikenakan reman selama sehari bagi membantu siasatan.
Semalam media melaporkan kedua-dua suspek meninggalkan mayat seorang kanak-kanak lelaki selepas mereka terlibat dalam kemalangan kira-kira pukul 11.30 malam di Jalan Sungai Kelamah, Jelai, Gemas, dekat sini, pada 26 Julai lepas.
Kedua-dua suspek difahamkan melarikan diri dari lokasi kejadian menggunakan sebuah kereta pacuan empat roda milik pengguna jalan raya lain yang ingin membantu mereka.
Pasangan itu telah ditahan di rumah mereka di Felda Bukit Jalor pada pukul 4.30 pagi dan polis menemukan dadah dalam kenderaan yang dipandu lelaki berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 29 2022

Polis berkata lelaki itu berusia 30 tahun manakala wanita yang berusia 27 tahun itu merupakan ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia dua tahun berkenaan yang menaiki kereta Proton Iswara pada hari kejadian.

RUU larangan lompat parti dijangka dikuat kuasa sebelum pertengahan September
Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti dijangka dapat dikuatkuasakan tidak lewat daripada pertengahan September ini.
![AWANI 7:45 [09/08/2022] - Lumba haram | Hukuman lebih berat akan diperkenalkan AWANI 7:45 [09/08/2022] - Lumba haram | Hukuman lebih berat akan diperkenalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1981883/thumbnails/21620388001660050596167_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [09/08/2022] - Lumba haram | Hukuman lebih berat akan diperkenalkan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof Tumpuan #AWANI745 malam ini: RUU lulus, wakil rakyat menang PRU15 tak boleh lompat parti PAC pertahan pendedahan ketirisan LCS, Pemuda UMNO desak RCI Kadar pengangguran menurun, paling rendah sejak pandemik #AWANInews #PolitikMalaysia

Agenda AWANI: Pembangunan Lestari di Malaysia, Realistik?
Malaysia menyatakan kerjasama dengan UN-Habitat untuk meningkatkan kapasiti teknikal tempatan untuk mempercepatkan pelaksanaan bandar pintar di negara. Bagaimana perkara ini dapat direalisasikan? Ikuti temu bual khas bersama Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif dalam Agenda Awani, 8.30 malam.

Laporan Khas | Bukit Tabur makin bertaburan
Setiap hujung minggu, sudah tentu ramai warga kota beriadah bersama keluarga termasuk memilih ke taman rekreasi, memanjat bukit atau hiking. Namun, Bukit Tabur yang terletak di Melawati dan dikenali ramai peminat sukan lasak kerana lokasinya di sebalik keindahan Banjaran Quarza Warisan Negara kini didakwa penduduk berlaku aktiviti penebangan hutan.

Polis tahan enam individu, rampas 38 kg dadah lebih RM1.3 juta
Polis menahan empat lelaki dan dua wanita selepas menemukan 38.161 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai lebih RM1.3 juta.

Pas tidak akan sertai Gerakan Tanah Air - Takiyuddin
Pas tidak akan menyertai Gerakan Tanah Air (GTA), kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Kebakaran Hutan | 579 tan air dilepaskan
Pasukan kecemasan Rusia telah meningkatkan usaha memadam kebakaran hutan di Siberia. Antaranya termasuk melepaskan lebih 579 tan air melalui dua pesawat.

Krisis China Taiwan | China terus bercita-cita sekat campur tangan asing
China mahu mengekalkan status quo ke atas status Taiwan dan akan menghalang sebarang campur tangan mana-mana pihak ke atas urusan republik itu. Menteri Luar Taiwan, Joseph Wu berkata, China juga berkeras mahu mengukuhkan kawalan melalui Selat Taiwan dan mahu memastikan Taiwan tidak mendapat bantuan menerusi negara lain.

Visa tawar perkhidmatan Apple Pay kepada pemegang kad di Malaysia
Visa Inc bekerjasama dengan Ambank, Maybank dan Standard Chartered Bank untuk menawarkan perkhidmatan Apple Pay kepada pemegang kadnya di Malaysia.

Antilompat Parti | Dewan Negara lulus RUU, sokong lebih dua pertiga
Dewan Negara pada Selasa telah meluluskan bacaan kali kedua dan ketiga Rang Undang Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 atau Akta Antilompat Parti dengan majoriti melebihi dua pertiga. Yang Di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim sewaktu mengumumkan perkara itu berkata, jumlah Ahli Dewan Negara yang menyokong ialah seramai 52 orang, sementara tujuh orang lagi tidak hadir.

Dua individu tinggal mayat kanak-kanak akibat kemalangan bukan pasangan suami isteri - Polis
Pasangan itu telah ditahan di rumah mereka di Felda Bukit Jalor pada pukul 4.30 pagi dan polis menemukan dadah dalam kenderaan yang dipandu lelaki berkenaan.

Polis kesan individu halang lalu lintas
Perselisihan faham antara kedua individu tersebut dimuat naik dalam video oleh seorang pemilik akaun TikTok.

Tipu pelaburan flat kos sederhana, peguam wanita didakwa
J. Shanti, 48, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan berasingan di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir dan Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.

Dua ditahan susulan kenyataan di Facebook berkaitan kematian Haron Din - KPN Khalid
Pengesahan penangkapan itu dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam posting terbaru di akaun Twitternya pada Isnin.