KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa khas ditubuhkan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bagi menyiasat kejadian perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya tergendala pada Jumaat lalu.
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, jawatankuasa itu melibatkan perunding siasatan luar bagi mengenal pasti punca kejadian itu berlaku.
"Dalam kejadian pada 10 dan 20 Mei 2022, pihak Pusat Kawalan Operasi (OCC) telah mengesan masalah teknikal sebelum brek keselamatan tren tersebut diguna pakai dan bertindak mengosongkan tren tersebut.
"Ini adalah pemantauan teliti dan berterusan dalam masa sebenar bagi memastikan perkhidmatan tren berjalan lancar setiap masa," jelasnya.
Tambah Ka Siong, dua insiden yang berlaku dalam tempoh 11 hari itu melibatkan kebocoran bendalir hidraulik serta kerosakan angkut brek lebih awal daripada jangka hayat yang sepatutnya.
"Oleh kerana berlakunya dua insiden dalam 11 hari, kita perlu lihat perkara ini secara menyeluruh dan kenapa boleh berlaku. Pertama bendalir hidraulik ada kebocoran, kedua angkut brek yang dikatakan rosak.
"Jadi ini daripada mengikut jadual penyelengaraan ia berlaku lebih awal daripada jangka hayat.
"Jadi dalam konteks ini pihak Prasarana telah menubuhkan satu jawatankuasa mengundang perunding luar untuk melihat," ujarnya.
Mengulas lanjut, katanya jawatankuasa khas berkenaan memulakan siasatan pada Selasa dan keputusan akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.
"Jadi dalam konteks Prasarana telah pelawa satu pasukan bersama dengan syarikat pengeluar peralatan asli (OEM), dari situ kita kenal pasti tindakan susulan," katanya lagi.
Dalam kejadian Jumaat lalu, OCC menerima laporan masalah brek pada sebuah tren di Stesen Pasar Seni kira-kira jam 4.36 petang.
Ia menyebabkan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya tergendala selama dua jam dan menjejaskan lebih 21,000 pengguna.
Fareez Azman
Sun May 22 2022

Ka Siong berkata, jawatankuasa itu melibatkan perunding siasatan luar bagi mengenal pasti punca kejadian itu berlaku. - Gambar/ Astro AWANI

Petaling Jaya, Manjung dan Kluang antara bandar paling bahagia di Malaysia - Kajian
Bandar raya Petaling Jaya, Manjung dan Kluang diiktiraf sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia 2022 di Malaysia sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia yang jatuh pada 20 Mac setiap tahun.

Kontroversi rumah tangga: 'Biar mahkamah saja tentukan' - Farid Kamil
Begitu reaksi ringkas suami Diana Danielle, Farid Kamil ketika ditanya mengenai tindakan isterinya yang memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini, pada Isnin.
![[TERKINI] Sidang media pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan Haji [TERKINI] Sidang media pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan Haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2014820/24024316101679303569652_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan Haji

AUKU: KPT kaji kebebasan dan autonomi pelajar
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengkaji secara mendalam berkenaan pindaan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.Menurut Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, ketika ini KPT dalam fasa memperhalusi setiap fasal dibawah Akta berkenaan.

BERSIH kecam lantikan Pengerusi MARA, FELCRA dan SPNB
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengecam dua pelantikan jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang diumumkan kerajaan melibatkan Pengerusi MARA, FELCRA DAN SPNB.

DUN Johor kini guna istilah pengimbang, ganti pembangkang
Dewan Undangan Negeri Johor kini menggunakan istilah pengimbang bagi merujuk semua Ahli DUN Johor pembangkang.

Pemilihan UMNO: Dilakukan secara demokratik dan telus - Khaled Nordin
Jelas Mohamed Khaled Nordin yang juga Naib Presiden UMNO, meskipun terdapat isu pada pemilihan beberapa bahagian namun ujarnya ia dilakukan secara demokratik dan telus. Mohamed Khaled antara tiga calon yang menang sebagai Naib Presiden UMNO pada Pemilihan UMNO sesi 2023 -2026. Dua lagi nama yang memenangi jawatan itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Polis Terengganu tunggu arahan pejabat pengarah pendakwaan
Polis Terengganu sedang menunggu arahan daripada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut berhubung kes perarakan HIMPIT 2023 pada 17 Februari lalu.

Mangsa banjir di Batu Pahat berkurang kepada 8,650 orang
JPBN memaklumkan PPS yang ditutup adalah Dewan Orang Ramai Taman Seri Sulong, Sekolah Kebangsaan Seri Bengkal dan Sekolah Agama Sri Bengkal.

Wujudkan sistem penilaian yang holistik ukur indeks prestasi utama syarikat konsesi
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan mempersoalkan bagaimana prestasi pemegang-pemegang konsesi di bawah penilaian Kementeria Kerja Raya? Belia pada masa yang sama menyarankan agar Jabatan Kerja Raya mewujudkan sistem penilaian yang holistik untuk mengukur indeks prestasi utama konsesi yang telah menerima tender bagi selenggara selia jalan persekutuan,

Telur import: Ka Siong ingatkan Deepak buat laporan polis
Tegas Ka Siong, sekiranya Deepak gagal berbuat demikian, beliau sendiri yang akan membuat laporan polis.

Tak perlu siasat dakwaan Wee Ka Siong - Speaker
Johari berkata ini kerana setiap percakapan Ahli Parlimen ketika di dalam dewan adalah dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Wee Ka Siong gesa Deepak buat laporan polis untuk bersihkan nama
Ahli Parlimen Ayer Hitam sedia dedah bukti terima panggilan daripada individu yang perkenalkan diri sebagai Deepak.

Wee Ka Siong dakwa terima ugutan isu bekalan telur import
Wee Ka Siong mendakwa beliau menerima ugutan berhubung kenyataannya di Dewan Rakyat membabitkan isu bekalan telur import.

Pengimport telur gagal saman Ka Siong
Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan, tindakan beberapa pengimport telur yang ingin menyaman beliau susulan kenyataan semasa sidang Dewan Rakyat pada Februari lalu tidak berhasil.

MCA timbang beberapa pilihan hadapi PRN di beberapa negeri - Wee Ka Siong
MCA sedang mempertimbangkan beberapa pilihan untuk parti itu menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Wee Ka Siong terima surat saman kedua pengimport telur India
Ka Siong yang juga Presiden MCA berkata, beliau rasa terkilan dengan tindakan tersebut.

Gara-gara telur Ka Siong terima surat saman
Ka Siong bingung hanya kerana utarakan masalah rakyat di Dewan Rakyat, beliau disaman pengimport telur dari India.

Jarang berlaku, Wee Ka Siong bawa telur ayam ke Parlimen
Beliau membawa sebiji telur dari India, telur tempatan dan juga telur Omega bagi membandingkan saiz dan harganya kepada Dewan.

Pemilihan MCA bermula April
Pemilihan MCA 2023 di peringkat cawangan dan bahagian akan diadakan di seluruh negara bermula April ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Chong Sin Woon.