awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kanak-kanak cedera dilanggar kereta terbabas

Sinar Harian
Sinar Harian
03/11/2025
01:20 MYT
Dua kanak-kanak cedera dilanggar kereta terbabas
Tangkap layar video tular sebuah kereta yang terbabas di Jalan Austin Heights 7/7 pada Sabtu malam. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Dua kanak-kanak masing-masing berusia enam dan sembilan tahun cedera ringan selepas dilanggar sebuah kereta yang terbabas di Jalan Austin Heights 7/7, di sini pada Sabtu malam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintenden Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 malam ketika kedua-dua mangsa sedang bermain di kaki lima sebuah restoran tempat bapa mereka berniaga.
“Secara tiba-tiba, sebuah kereta yang dipandu lelaki tempatan berusia 32 tahun hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar kedua-dua kanak-kanak terbabit.
"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk menerima rawatan di zon kuning," katanya dalam kenyataan semalam.
Azrul Hisham berkata, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah membuat laporan polis.
“Hasil ujian alkohol dan air kencing terhadap pemandu didapati negatif.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa," ujarnya.
Polis turut meminta saksi awam yang melihat kejadian supaya tampil ke Balai Trafik Johor Bahru Selatan atau menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Khamisah Jalil di talian 019-7813178 bagi membantu siasatan.
Sebelum itu, tular video dan beberapa gambar menunjukkan keadaan di lokasi kejadian dengan orang ramai berkumpul, selain terdapat kehadiran anggota polis. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#video tular
#kanak-kanak cedera
#kereta terbabas
#kanak-kanak main di di kaki lima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan